Skip to main content

Dah agak dah : Kekecohan Gobala Dirancang, PKR Bubar?

By administrator | Category: Berita Eksklusif

btwNOMI A10

BUKIT MERTAJAM, 23 Ogos – Terbaru dikatakan bahawa tindakan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang ternyata sengaja menimbulkan kekecohan pada proses penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir Isnin lalu dirancang oleh seseorang yang sememangnya sentiasa menimbulkan propaganda.

Difahamkan bahawa tindakan tersebut dilakukan oleh Gobalakrishnan atas arahan pihak tertentu bagi melakukan provokasi untuk menimbulkan kekecohan agar pihak polis bertindak terhadap beliau lantas berlaku kekasaran sebagaimana insiden yang tercetus sebelum ini.

Siapa individu terbabit?

Persoalan tersebut terjawab apabila dikatakan bahawa PKR Padang Serai dibubarkan berikutan tindakan tidak bermoral Ahli Parlimennya yang sanggup mengikut arahan untuk bertindak sedemikian pada hari penamaan calon.

Difahamkan tindakan pembubaran PKR Padang Serai dibuat oleh Pemangku Ketua Bahagiannya, Jamaludin Abu Hassan, dalam sidang media yang diadakan bersama dengan ADUN Lunas.

Sebelum itu, dalam masa yang sama, difahamkan juga ADUN Lunas yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, Mohammad Radzhi Salleh mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.

Radzhi yang merupakan ADUN daripada PKR dan memegang portfolio Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia dalam kerajaan negeri Kedah tidak akan melepaskan jawatan Exco yang dipegangnya.

Difahamkan beliau berkata, tidak akan meletakkan jawatan tersebut dan menganggap dirinya masih Exco dari parti Bebas. Ini kerana menurutnya, perlantikan tersebut dibuat oleh Sultan Kedah dan bukannya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang hanya mencadangkan namanya kepada Tuanku.

Selain itu, satu perkara lain yang lebih mengejutkan ialah dakwaan Jamaludin bahawa dia mempunyai rakaman perbualan telefon seseorang yang menyebutkan bahawa Penasihat PKR, Anwar Ibrahim mengarahkan Gobalakrishnan untuk membuat kekecohan pada hari penamaan calon di IKBN, Bukit Mertajam lalu.

Gobalakrishnan dikatakan telah mencetuskan kekecohan apabila mengingkari arahan polis supaya tidak menggunakan alat pembesar suara untuk melaungkan kata-kata berunsur provokasi.

Insiden itu menjadi kecoh apabila beliau enggan mematuhi larangan pihak polis hinggakan memaksa pihak polis bertindak. Gobalakrishnan telah bertindak kasar termasuk sanggup menampar polis sebagai lakonan dalam insiden kekecohan tersebut.

Lantaran itu, Gobalakrishnan telah didakwa di mahkamah berikutan dakwaan menghalang tugas penjawat awam. - UMNO online

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...