BUKIT MERTAJAM, 22 Ogos – Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N.11 hanya tinggal dua hari sahaja lagi yang pastinya berlangsung dalam suasana Ramadan.
Namun demikian, sehingga ke hari ini, iaitu setelah lebih seminggu tempoh kempen berjalan, tiada sebarang bukti atau janji-janji yang boleh dinilai sebagai kebolehan sebenar PAS dan calonnya sendiri Salleh Man sebagai wakil rakyat.
Apa yang jelas, sepanjang tempoh tersebut, para pemimpin dalam PAS sendiri yang seringkali menggunakan agama sebagai bahan tarikan kepada pengundi Melayu lebih banyak memburuk-burukkan, menabur fitnah dan mempropagandakan keburukan calon BN, Rohaizat Othman.
Ini belum lagi rakan sekutu mereka dalam pakatan campuran yang juga menggunakan pentas politik sebagai alternatif melakukan serangan cara desperado tanpa menilai kepada kebenaran dan fakta yang sebenar.
Sedangkan, fikirkan pula apakah yang mampu PAS melalui Salleh Man lakukan sekiranya mereka menang dalam pilihan raya tersebut?
Andainya mahu membicarakan soal pembangunan dan keselesaan rakyat, tentunya jauh panggang dari api kerana semua maklum bahawa PAS hanya bijak berbicara sedang untuk merialialisasikan dan melakukan pentadbiran sebenar ternyata gagal dan hambar.
Apatah lagi jika diharapkan Salleh Man untuk menjadi teraju yang mampu mendominasi atau sekurang-kurangnya memberi impak kepada kekuasaan DAP yang menjadi teraju di Pulau Pinang, sedangkan jelas bahawa beliau telah ditolak beberapa kali oleh para pengundi menerusi pilihan raya lalu.
Ini belum lagi cakap-cakap mengenai salah laku yang dilakukan oleh Salleh Man melibatkan kehilangan ratusan ribu ringgit semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh yang nampaknya cuba disembunyikankan oleh PAS dan para pemimpinnya sendiri.
Sepanjang tempoh kempen di sini, terbukti jelas bahawa PAS hanya menggunakan serangan peribadi ke atas calon BN sebagai alternatif mereka, kerana apa lagi yang mampu untuk mereka lakukan selain daripada berbuat demikian.
Tentunya para pemimpin PAS sedar, sekiranya mereka meletakkan pelbagai janji, mereka tidak akan mampu merealitikannya sekiranya menang dan hal ini berbeza dengan apa yang BN lakukan.
Janji Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin bahawa Permatang Pasir akan menjadi anak emas Kerajaan Persekutuan sekiranya BN menang tentunya akan menjadi nyata kerana sememangnya BN mampu melakukannya. - UMNO online.
Comments
Post a Comment