Skip to main content

Bukan gimik Pilihanraya..ini benar : Penyokong kuat Pas sertai UMNO

MACHANG 30 Ogos - Seramai 27 ahli dan penyokong Pas di Kampung Chekak 2, Paloh Rawa, dekat sini menyertai UMNO setelah hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti tersebut yang lebih banyak berpolitik dan menolak perpaduan sesama bangsa serta agama.

Penyertaan mereka itu diterima oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed dalam satu majlis di rumah bekas ketua Pas cawangan kampung tersebut, Mokhtar Che Harun, 63, yang turut mengisytiharkan keluar dari parti itu dan menyertai UMNO.

Mustapa berkata, ia adalah petanda rakyat Kelantan semakin menerima UMNO apabila melihat parti itu sebagai ejen perpaduan yang mampu mengubah nasib mereka.

"Apa yang berlaku pada Pilihan Raya Kecil Manek Urai baru-baru ini adalah petanda jelas bahawa rakyat Kelantan semakin menerima UMNO.

"Kita dapati ramai ahli Pas sudah berpaling tadah dan mereka inginkan perpaduan. Mereka melihat UMNO sebagai ejen perpaduan, sebuah parti yang membawa orang Melayu dan rakyat Malaysia di bawah satu bumbung," katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut di sini semalam.

Mustapa berkata, UMNO Kelantan akan meneruskan agenda bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai parti yang menyatukan rakyat berbilang kaum di negeri ini di bawah bumbung Barisan Nasional (BN).

Katanya, ia berdasarkan keputusan pilihan raya kecil Manek Urai bulan lalu yang mana pengundi memberi isyarat jelas mereka mahukan perpaduan dan menolak retorik politik yang memecah belahkan rakyat negeri ini.

"Apa yang dilakukan hari ini merupakan momentum yang kita lakukan di Manek Urai, di sini 27 orang menyertai UMNO dan mereka merupakan penyokong Pas di kawasan ini. Pada saya sempena Ramadan ini, kita galakkan silaturahim dan perpaduan," katanya.

Sementara itu, Mokhtar berkata, beliau telah membuat keputusan penting untuk meninggalkan Pas selepas 40 tahun menyertainya demi masa depan generasi akan datang.

Katanya, ia disebabkan Pas menolak perpaduan sesama bangsa dan agama serta lebih banyak berpolitik berbanding bekerja untuk membantu rakyat terutama di kawasan luar bandar.

"Ini demi masa depan cucu cicit saya dan saya merasakan berada dalam Pas tidak memberikan sebarang faedah kepada masa depan bangsa dan agama yang saya cintai ini.

"Cukuplah 40 tahun saya jadi ahli Pas, saya sekarang ahli UMNO dan ini semua berlaku atas kehendak Ilahi," katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...