Skip to main content

BN yakin beri saingan sengit


Zahid Hamidi memberi penerangan mengenai surah Yasin yang diberikannya bersama sekotak kurma kepada seorang penduduk, Tengku Aminah Tengku Hamid semasa beramah mesra dengan penduduk di Permatang Rawa, semalam. Turut serta ialah Ketua Wanita Cawangan Permatang Rawa, Hasnah Ahmad (kanan).

BUKIT MERTAJAM 24 Ogos - Barisan Nasional (BN) yakin dapat mengekalkan momentum jentera pilihan raya sehinggalah saat-saat akhir tempoh berkempen bagi memberi saingan paling sengit kepada Pas menjelang hari pengundian esok.

Dengan kempen memasuki hari terakhir hari ini, BN optimis pilihan raya kecil itu bersifat terbuka walaupun kawasan tersebut merupakan antara kubu kuat parti pembangkang di Pulau Pinang.

Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengakui, pilihan raya itu tetap mencabar kerana BN berada dalam kedudukan mahu merampas kerusi yang dipegang Pas selain faktor kawasan itu merupakan kubu pembangkang.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO bagaimanapun berkata, maklum balas positif pengundi terhadap BN sepanjang lapan hari berkempen memberi petanda bahawa BN mampu memberi saingan sengit.

"Ada tanda berlaku angin perubahan di Permatang Pasir dan pengundi yang kita temui juga memberi isyarat bahawa mereka mahu lakukan perubahan.

"Jentera kita akan beristiqamah, bekerja dan terus bekerja. Insya-Allah, BN mampu memperoleh kemenangan walaupun dengan hanya satu undi," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, pendekatan kempen yang rasional dan objektif membolehkan BN berjaya meraih sokongan pengundi termasuk di kawasan-kawasan 'hitam' yang lazimnya dikuasai Pas.

"Kawasan hitam tidaklah sehitam mana. Walaupun parti politik jadi keutamaan, mereka juga melihat calon. Ada juga tak menyenangi calon bertanding, mereka akan bertukar arah kepada kita.

"Keadaan sama di kawasan 'kelabu' atau pengundi atas pagar. Mereka sebenarnya memberi tumpuan kepada bagaimana parti bertanding dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi," tambahnya.

Begitu juga, katanya, dengan sambutan daripada masyarakat Cina khususnya di Kampung Cross Street, Sama Gagah dan pekan Permatang Pauh di sini yang dilihat menerima baik kempen BN setakat ini.

"Tak betul kalau kata mereka (masyarakat Cina) menolak BN kerana mereka memberi respons yang sangat baik. Kalau ada penolakan sekalipun mungkin membabitkan pemimpin kita di peringkat akar umbi," tambahnya.

Beliau menambah, BN tidak mahu menabur janji kepada penduduk Permatang Pasir tetapi berjanji akan turun semula ke kawasan itu bagi menyelesaikan permasalahan penduduk jika BN diberi peluang untuk menang.

Katanya, pilihan raya kali ini bersejarah kerana BN tidak ada menjanjikan apa-apa projek sama ada besar atau kecil sepanjang berkempen.

"Kita tidak akan berjanji apa-apa tetapi kita berjanji untuk turun semula ke sini untuk membantu jika BN diberi peluang untuk menang, insya-Allah," tambahnya.

Ahmad Zahid berkata, beliau berharap jumlah peratusan pengundian esok akan berada sekitar 70 hingga 75 peratus walaupun cuaca hujan selain berlaku penularan wabak influenza A (H1N1) kebelakangan ini. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T