Skip to main content

Nik Aziz diminta beri 'fatwa' status syurga, neraka PKR, DAP


KETUA Pergerakan Puteri Umno Pulau Pinang, Nor Hafizah Othman (dua dari kanan) dan Exco pergerakan itu, Idamoerni Zakaria (dua dari kiri), memegang aduan polis mengenai pengundi hantu.

KOTA BHARU: Pemuda Umno Malaysia semalam mencabar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, supaya mengeluarkan 'fatwa' status ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, yang juga rakannya dalam Pakatan Rakyat, sama ada ahli parti itu masuk syurga atau neraka kerana parti terbabit langsung tiada agenda perjuangan untuk Islam.

Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Mohd Afandi Yusoff, berkata tindakan Nik Aziz hanya membangkitkan isu penyokong Umno saja tidak masuk syurga, memberi gambaran seolah-olah ahli PKR dan DAP yang beragama Islam sudah dijamin oleh Nik Aziz sebagai selamat.

"Pemuda Umno mencabar Nik Aziz mengeluarkan fatwa, apakah status ahli kedua-dua parti terbabit, sama ada masuk syurga atau neraka kerana parti itu langsung tiada agenda perjuangan untuk Islam. Bagaimana status ahli Pas, PKR dan DAP yang rasuah, yang salah guna kuasa, yang menipu, mereka akan masuk syurga atau neraka?

"Apa yang dilakukan Nik Aziz sekarang, tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menghidupkan semula isu takfir (kafir-mengkafir), isu menolak hukum hudud Allah, isu agama suku politik suku, kerana di situlah tunjang kekuatan Pas yang sebenarnya. Namun kini, semua tuduhan palsu itu sudah terkena atas batang hidung Pas sendiri," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Mohd Afandi yang juga Ketua Pemuda Umno bahagian Rantau Panjang, berkata Pemuda Umno Malaysia menyokong penuh keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja Melayu, bahawa ketentuan syurga dan neraka adalah hak mutlak Allah SWT.

"Maknanya Allah berkuasa menganugerahkan syurga atau neraka berdasarkan kepada amalan dan perbuatan dosa dilakukan di dunia. Perkara ini cukup jelas dalam al-Quran dan hadis

"Kalaulah Pas dan GMI mengadakan demonstrasi besar-besaran membantah ISA, sedangkan ISA itu bukan perintah mutlak Allah SWT dalam al-Quran, kenapa Pas tidak mengadakan demonstrasi mendesak kerajaan di negeri Pakatan Rakyat melaksanakan hukum hudud, mengikut fiqh awlawiyyat, itu lebih utama daripada membantah ISA kerana hudud hukum Allah. Pas dicabar berbuat demikian," katanya.

Beliau berkata, jika Nik Aziz juga mahukan kuasa dalam urusan pengagihan syurga neraka, ia perkara yang menyeleweng daripada urusan agama.

"Barangkali syurga yang didakwanya itu 'syurga Pas', manakala syurga yang diputuskan Majlis Fatwa adalah 'Syurga Allah," katanya. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T