Skip to main content

Jangan lokek korbankan harta - Najib

PEKAN 23 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak umat Islam tidak lokek untuk mengorbankan harta dan wang ringgit demi pembangunan agama dan negara.

Tegas Perdana Menteri, sikap dermawan atau imfak itu merupakan 'tiang seri' kepada kekuatan umat Islam bagi meningkatkan ekonomi mereka untuk bersaing dengan bangsa lain di dunia ini.

Katanya, sejarah membuktikan sikap sedemikian yang diamalkan oleh umat Islam terdahulu mampu mencipta tamadun yang disegani oleh bangsa lain.

''Sikap yang dalam bahasa Arabnya disebut imfak diamalkan oleh para sahabat Rasulullah SAW berjaya membawa umat Islam ketika itu berada di punca kegemilangannya sehingga ditakuti musuh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan bantuan kepada 144 orang fakir miskin di Masjid Peramu Jaya 3 di sini malam ini.

Pada majlis itu, beliau sempat berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib secara berjemaah dengan penduduk Taman Peramu Jaya 3.

Najib berkata, sikap imfak itu bagaimanapun seharusnya disalurkan kepada pihak yang sewajarnya dan bukan kepada sesuatu yang tidak memberi manfaat kepada agama dan negara.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan umat Islam supaya meningkatkan perpaduan dan disiplin jika mahu menjadi bangsa yang dihormati dan disegani.

Tegas beliau, ketinggian disiplin dan perpaduan adalah kunci kepada kemajuan umat Islam untuk mengulangi kembali ketamadunan yang pernah dicipta suatu ketika dahulu.

''Jika perpaduan dan disiplin berkecai, umat Islam akan tewas dan tamadun yang dicipta akan jatuh ke tangan orang lain," jelasnya.

Sehubungan itu, tambah beliau, setiap umat Islam perlu menjadikan usaha menimba ilmu pengetahuan sebagai asas untuk mencapai kejayaan.

Jika setiap umat Islam mempunyai pegangan sedemikian, kata beliau, tidak mustahil penganut agama itu akan mendahului bangsa-bangsa lain dalam pelbagai aspek di dunia ini.

Dalam perkembangan lain, Najib mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.6 juta untuk membina masjid baru di Kampung Pulau Serai di sini untuk kemudahan umat Islam beribadat dan menjalankan program kemasyarakatan. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T