Skip to main content

Radzhi digugur jawatan Exco

ALOR SETAR 26 Ogos - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh digugurkan daripada jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia negeri berkuat kuasa semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan agar jawatan Exco yang disandang Mohd. Radzhi itu digugurkan menerusi surat bertarikh semalam yang ditandatangani baginda.

Katanya, ia berikutan tindakan Mohd. Radzhi yang bukan lagi mewakili komponen pakatan pembangkang di negeri ini selepas keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat Bebas, Ahad lalu.

Menurut beliau, Sultan Kedah turut berkenan melantik ADUN Kulim, Lim Soo Nee yang juga daripada PKR untuk mengisi portfolio berkenaan.

''Majlis mengangkat sumpah ADUN Kulim sebagai Exco kerajaan negeri mungkin akan dibuat pada minggu depan.

''Sehingga majlis itu diadakan, saya akan memegang portfolio tersebut buat sementara waktu," katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar khas di pejabatnya di Wisma Darul Aman (WDA) di sini hari ini.

Hadir sama pada sidang akhbar untuk mengumumkan kedudukan jawatan Mohd. Radzhi sebagai Exco kerajaan negeri itu ialah Pengerusi PKR negeri, Ahmad Kasim.

Dalam pengumumannya keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas di Kuala Lumpur pada Ahad lalu, Mohd. Radzhi menyatakan tidak melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia negeri.

Pada sidang akhbar itu juga, ADUN Lunas itu memberitahu akan hanya meletakkan jawatan Exco kerajaan negeri atas arahan Sultan Kedah.

Kelmarin, Menteri Besar menghadap Tuanku Abdul Halim bagi memohon perkenan menggugurkan jawatan Mohd. Radzhi sebagai Exco kerajaan negeri kerana ADUN Lunas itu bukan lagi mewakili komponen pakatan pembangkang di negeri ini.

Azizan berkata, beliau telah mengarahkan pegawainya untuk memaklumkan kepada Mohd. Radzhi bahawa dia bukan lagi Exco kerajaan negeri mulai semalam dan akan memintanya menyerahkan semula kemudahan yang dinikmatinya sebelum ini.

Katanya lagi, berikutan perkembangan terbaru itu, beliau mungkin akan membuat sedikit rombakan kepada portfolio beberapa penyandangnya.

''Saya akan bincang dengan semua pihak yang terlibat mengenai perkara ini," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai dakwaan kononnya Mohd. Radzhi membuat tuntutan tidak munasabah ketika memegang jawatan Exco, Azizan berkata, beliau menyerahkan kepada Suruhanjaya Badan Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasatnya.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia di pejabat Exco yang pernah digunakan Mohd. Radzhi di WDA petang ini mendapati ia kosong dengan lampu terpadam.

Utusan Malaysia difahamkan, Radzhi tidak memasuki pejabat sejak Isnin lalu selepas mengumumkan menjadi wakil rakyat Bebas. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...