Skip to main content

Kerajaan Perpaduan : Ahmad Awang mengaku enggan bincang

IPOH 9 Mac – Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang hari ini tidak menafikan dakwaan bahawa beliau bertanggungjawab menggagalkan usaha menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak.

Bagaimanapun bekas Pesuruhjaya Pas Perak ini mendakwa, antara sebab beliau mengambil tindakan itu ialah kerana Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hanya membangkitkan perkara tersebut melalui telefon.

“Memang dia (Harussani) ada menghubungi saya dan menyatakan inilah masanya parti Melayu bergabung dan membangunkan Islam.

“Tetapi bila saya tanya dia mengenai ceramah-ceramahnya yang mengatakan bahawa lebih 10,000 umat Islam sudah murtad dan dia sendiri menyatakan UMNO gagal dalam hal itu, dia terus diam dan meletakkan telefon. Jadi, siapa yang tidak bekerjasama,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Harussani mengenai penolakan terhadap cadangan penubuhan kerajaan perpaduan Pas-UMNO di Perak.

Harussani mendakwa, Pas Perak tidak menunjukkan minat untuk mengadakan perbincangan selepas mereka menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12).

Jelas Ahmad, tindakan UMNO menggunakan wakil menyuarakan hasrat parti juga tidak menunjukkan kesungguhan mereka untuk bergabung.

“Dia (Harussani) tidak ada kaitan dengan mana-mana parti, dia mufti sahaja. Kenapa pula dia yang perlu jadi orang tengah untuk berbincang?

“Kenapa Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali (bekas Menteri Besar) sendiri tidak berjumpa atau menghubungi kami.

“Masa itu, hanya beberapa orang dari UMNO sahaja bersungguh-sungguh menelefon saya minta saya sebagai pihak Pas bersetuju untuk bersepakat dengan UMNO," katanya.

Beliau berkata, sekiranya UMNO ikhlas ingin berbincang dengan Pas untuk membina sebuah kerajaan Islam, semua mufti di Malaysia perlu menasihatkan Majlis Tertinggi (MT) parti itu supaya meletakkan Exco berkaitan agama dalam barisan kepimpinan mereka. - Utusan

Comments

  1. Siapakah org2 Umno yg menghubungi Ahmad Awang? Ahmad Awang kena sebut nama2 tersebut, jangan main cakap tapi tiada bukti.

    - laksamana cheng ho -

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T