Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Sunday, August 2, 2009

Demonstrasi bermotif politik

Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub yang terlibat menjadi 'kepala' kepada perarakan GMI

Oleh YULPISMAN ASLI

KUANTAN 1 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan kumpulan tertentu yang didalangi pembangkang mengadakan demonstrasi bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara, tidak lebih daripada bermotifkan politik.

Menurut Perdana Menteri, tindakan tersebut jelas tidak memberi apa-apa makna kepada negara dan hanya menimbulkan kesusahan kepada warga kota.

Tambahan pula katanya, kerajaan sememangnya sedang membuat kajian semula ke atas akta itu dan kini dalam proses mendapatkan maklumat timbal balas daripada masyarakat dan kumpulan tertentu.

Kenalkah anda kepada muka-muka yang ada di gambar ini?

"Jadi, demonstrasi ini tak perlu dan demonstrasi seperti ini akan hanya menimbulkan kesusahan kepada warga kota.

"Dan memang benar, saya mendapat tahu bahawa ramai orang yang mengeluh kerana keadaan lalu lintas menjadi begitu sesak dan sukar bagi mereka nak pergi dari satu tempat ke satu tempat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas melancarkan program Astro Kasih di Kampung Ketapang Tengah dekat sini.

Sebahagian Pemimpin Pas yang dilihat terlibat berhimpun secara haram.

Hadir sama, Pengerusi Astro, Datuk Badri Masri dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rohana Rozhan.

Ditanya tindakan kumpulan terbabit termasuk pembangkang yang terus berdegil di sebalik amaran keras kerajaan serta polis, Perdana Menteri menegaskan, mereka kena berdepan dengan apa-apa tindakan yang akan dibuat oleh polis.

"Kita dah bagi nasihat, kalau mereka tak dengar nasihat apa saya boleh buat," jelasnya yang menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Najib memuji usaha Astro yang mengadakan program turun padang itu bagi melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya, termasuk membina semula rumah seorang ibu tunggal, Wan Suriani Wan Sudin, 33.

Menurutnya, beliau difahamkan pihak Astro dengan bantuan penduduk kampung telah berjaya menyelesaikan masalah ibu tunggal itu dalam tempoh enam hari sahaja.

"Bagi pihak masyarakat setempat dan sebagai Ahli Parlimen Pekan, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Astro kerana mengendalikan program amal di Kampung Ketapang," katanya.

Di bawah program tersebut, pihak Astro turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM100,000 dan sebuah van untuk dijadikan klinik bergerak kepada Yayasan Rahah. - Utusan Malaysia.



BERITA LAIN :

MENYUSAHKAN : orang ramai terperangkap di dalam Kompleks Pertama apabila premis itu terpaksa ditutup ekoran kekecohan yang berlaku ketika perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri di Kuala Lumpur, semalam.

- Kerajaan tidak tunduk desakan demonstrasi jalanan
- Peniaga marah perniagaan terjejas
- 589 sertai demonstrasi ditahan
- Perhimpunan berjaya dihalang
- ENGLISH : Street protest a senseless move, says Prime Minister
- Anti-ISA street demo was unnecessary and a burden to people
- Hisham: Next Parliament meet may see changes to law
- Police arrest 589 supporters in ISA street demo

2 comments:

  1. menyusahkan orang lain saja geng2 ni. haprak punya kaki. nak dpt publisiti lebih (undi lebih) mcm ni la. keja tak buat...serabuk. PEROSAK NEGARA!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. ore lagu demo ni meme patuk keno ISA. ore hok nego rugi sapo nok baya?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...