Skip to main content

Demonstrasi jejas perpaduan - Hisham

LANGKAWI 13 Ogos - Demonstrasi jalanan bukan sahaja mampu menyebabkan ketegangan di kalangan penduduk setempat, malah berpotensi merosakkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata apa yang berlaku kebelakangan ini amat menyedihkan dan orang ramai sebenarnya sudah muak dan tidak boleh menerima cara seperti itu kerana ia bukan nilai agama dan budaya penduduk negara ini.

Bercakap kepada pemberita selepas menutup Kursus Gerak Kerja Pergerakan Wanita UMNO Terengganu, di sini hari ini, beliau berkata, rusuhan jalanan merupakan serpihan budaya negatif yang dibawa pihak tertentu yang rakus mengejar kedudukan tanpa mahu melalui proses demokrasi yang betul.

Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu berkata demikian ketika diminta mengulas ketegangan yang berlaku di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang apabila sebuah syarikat pemaju cuba untuk merobohkan 23 unit rumah untuk tujuan pembangunan.

Bagaimanapun, percubaan pekerja pemaju untuk memasuki kawasan itu pada kira-kira pukul 11 pagi dan 1 tengah hari tadi, dihalang oleh penduduk yang berkumpul di Jalan Kaki Bukit iaitu kira-kira 100 meter dari laluan masuk ke kawasan itu sejak awal pagi ini sambil menjerit ke arah pekerja- pekerja berkenaan.

Beliau berkata, apabila ia bercampur aduk dengan isu perkauman serta agama dan pemimpin tidak menanganinya dengan bijaksana, semua golongan rakyat akan menjadi mangsa.

Sehubungan itu katanya, semua pihak perlu ada kerjasama untuk menangani masalah berkenaan dan tidak meletakkan tanggungjawab kepada pihak berkuasa semata-mata.

Hishammuddin berkata, demonstrasi jalanan juga menambahkan beban pihak berkuasa kerana terpaksa mengerah jumlah tenaga yang besar untuk mengawasi kawasan terbabit.

"Kalau ini gayanya, polis kita tiada kerja lain...macam mana nak awasi kejadian jenayah yang lain?

"Orang ramai kena buat pendirian bahawa ini bukan budaya kita...dalam sebuah negara majmuk kalau tak ambil pendirian dan cuba ikut budaya barat seperti ini, saya bimbang cara ini akan merosakkan masyarakat yang baru dibina 52 tahun lalu," katanya. - Utusan.

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T