Skip to main content

Isu arak : 'Saya tidak akan tunduk ugutan DAP'

SHAH ALAM 12 Ogos - Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Hassan Ali (gambar) menegaskan, beliau tidak akan tunduk kepada ugutan DAP yang menggesa pucuk pimpinan kerajaan negeri mengambil tindakan disiplin ke atas dirinya berhubung isu penjualan arak.

Malah, tegas Hassan, beliau sanggup dikenakan apa juga tindakan oleh pucuk pimpinan parti termasuk dilucutkan jawatan sebagai Exco kerajaan negeri disebabkan tindakan memperjuangkan isu tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri berkata, semua itu demi mempertahankan prinsip perjuangan, undang-undang Islam serta peraturan-peraturan yang selari dengan isu tersebut.

''Segala bentuk ugutan itu tidak akan melemahkan saya. Bahkan, ia memberi lebih iltizam untuk menegakkan prinsip perjuangan parti demi kebaikan rakyat Selangor dan Malaysia," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau menegaskan demikian sebagai membalas desakan Timbalan Pengerusi DAP negeri, Tony Pua yang mendesak agar diwujudkan jawatankuasa disiplin bagi membincangkan tindakan terhadap Hasan kerana tindakannya meminta Ronnie Liu daripada DAP dilucutkan jawatannya sebagai Exco Selangor baru-baru ini.

Tony berkata, tindakan Hassan dalam kes itu dilihat 'tidak sesuai serta tidak adil', dan ia diburukkan lagi dengan tindakan Pemuda Pas mengadakan demonstrasi menentang Ronnie serta rancangan Pas mengadakan kempen besar-besaran seperti yang dilaporkan oleh media.

Hassan sebelum ini mengesa supaya portfolio kerajaan tempatan yang dipegang oleh Ronnie diambil alih oleh anggota Exco lain.

Ini kerana, katanya, Ronnie telah bertindak mencampuri urusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ronnie sebelum ini mengarahkan sejumlah minuman keras yang dirampas oleh pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Seksyen 8 di sini baru-baru ini, dipulangkan semula ke sebuah kedai serbaneka.

Hassan turut mengingatkan semua pihak supaya tidak mengambil kesempatan dengan memainkan isu tersebut atas kepentingan politik kerana beliau yakin apa yang dilakukannya untuk kebaikan sejagat.

''Sayugia diingatkan permasalahan ini adalah permasalahan melibatkan umat Islam sahaja. Oleh itu, apa-apa juga tindakan yang diambil oleh Pas Selangor selari dengan peruntukan undang-undang hendaklah dilihat secara positif.

''Apatah lagi, tindakan itu bertepatan dengan hasrat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk melihat agama Islam ini tidak tercemar dan sentiasa dimartabatkan," katanya.

Namun, katanya lagi, Pas Selangor tetap akan membuat pemantauan rapi untuk mengetahui sama ada peraturan kawal sendiri di kalangan peniaga terhadap penjualan arak di kedai-kedai mereka mencapai matlamatnya seperti yang disasarkan oleh kerajaan negeri.

Tambahnya, jika terdapat kelemahan, pihak beliau akan mencadangkan beberapa peraturan lain bagi memperbaikinya.

Menjawab soalan lain, Hassan berkata, cadangan Pas supaya arak tidak dijual di kawasan majoriti Islam dan isu berkaitan Ronnie tidak menyebabkan parti-parti dalam kerajaan campuran Selangor berpecah, sebaliknya apa yang berlaku hanyalah perbezaan pendapat. - Utusan.

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T