Skip to main content

Siapa Pengkhianat?

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Perhimpunan jalanan yang mencetuskan insiden buruk di Ibu Negara telah berlalu namun kesannya masih tetap dirasai bukan setakat kepada rakyat yang berada di tempat kejadian malah menjadi polemik kepada para pemimpin politik.

Lantaran ketegasan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menempelak Penasihat PKR, Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa hingga mengakibatkan Anwar seakan tidak boleh duduk diam lantas menuntut saman sebanyak RM100 juta ekoran kenyataan tersebut.

Perlu difahami, natijah daripada ketaksuban untuk mendapat kuasa, pangkat dan kedudukan apatah lagi setelah apa yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran maka sanggup pula melakukan pelbagai manipulasi terhadap langkah yang dibuat oleh kerajaan.

Sebagai contoh, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak pernah diguna pakai sewenang-wenangnya sebaliknya ia dibuat atas dasar benar-benar perlu yang mengancam keselamatan negara.

Namun demikian, terdapat segelintir pihak khususnya pakatan pembangkang yang seringkali memanipulasikan fakta yang ada lantas apa yang baik bertukar menjadi buruk dan perkara positif diubah menjadi sebaliknya.

Ekoran daripada kelangsungannya, timbul pula provokasi atas tujuan tertentu khususnya sebagai cubaan mengalihkan tumpuan rakyat terhadap sesuatu isu apatah lagi pada masa ini, pakatan pembangkang diselubungi isu kepincangan dalam pentadbiran mereka yang bukan sedikit.

Ini belum lagi tujuan provokasi sebagai melepaskan rasa kecewa dengan memperalatkan rakyat untuk melanggar undang-undang sedia ada agar lebih banyak permainan politik secara desperado boleh dilakukan.

Kemuncaknya, apa yang berlaku Sabtu lalu apabila, para penyokong mereka dipergunakan dalam demonstrasi, dan lebih malang kanak-kanak turut diperalat dengan dibawa bersama bertempur melawan pihak berkuasa.

Difahamkan juga, ada dikalangan yang terlibat dalam perhimpunan tersebut diupah dan dan dipergunakan untuk sengaja menimbulkan kekacauan termasuklah sebilangannya adalah golongan pelajar pengajian tinggi awam dan sekolah menengah.

Dalam masa yang sama, kawasan awam dan masjid juga khususnya Masjid Negara, Masjid Jamek serta kawasan sekitarnya turut tercemar lantaran tindakan yang tidak waras berhimpun dan menimbulkan huru-hara.

Namun demikian, impak yang paling tercalar apabila kawasan terbabit yang bukan hanya menjadi tumpuan kepada semua lapisan rakyat untuk bersosial turut juga menundang imej negatif kepada para pelancong yang berada di tempat berkenaan.

Lantas apakah persepsi yang wujud di kalangan mereka berkaitan Ibu Kota sedangkan realitinya tidak sedemikian dan juga apa pula persepsi yang kononnya mahu ditimbulkan oleh pakatan pembangkang atas insiden memalukan tersebut.- UMNO on-line

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T