Skip to main content

Utamakan kepentingan negara

PULAU PINANG 12 Ogos - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah, graduan perlu mementingkan negara, masyarakat dan orang ramai mengatasi kepentingan diri mereka sendiri.

Baginda bertitah, apa jua tindakan yang dibuat harus difikirkan tentang kesan dan akibat daripada perbuatan itu.

''Kadang-kadang apabila emosi menguasai diri, kita hilang pertimbangan serta bertindak mengikut perasaan,'' titah baginda.

Baginda bertitah sedemikian ketika bertitah pada Upacara Konvokesyen Ke-40 Universiti Sains Malaysia (USM) di Dewan Tuanku Syed Putra di sini hari ini.

Hadir sama, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

Selain itu, menurut baginda, graduan harus sentiasa berpegang kepada nilai-nilai kasih sayang, hormat-menghormati, mempunyai belas ihsan, prihatin dan menjaga keharmonian masyarakat.

Titah baginda, nilai-nilai tersebut akan memastikan mereka dapat memahami sesuatu kejadian daripada sudut pandangan dalam dan luar.

''Para graduan juga diharap sentiasa meletakkan nilai ilmu pada tempat yang paling tinggi. Teruskan menguasai ilmu serta memanfaatkannya sebaik mungkin.

''Namun malangnya, dalam dunia sekarang ini, sebahagian daripada orang yang berilmu gagal untuk menjadi pemimpin dengan ilmu sebaliknya merosakkan orang lain pula,'' titah baginda.

Sementara itu, Tuanku Syed Sirajuddin turut meminta supaya para graduan menghormati nilai-nilai sejagat termasuk nilai-nilai kemanusiaan dan kesanggupan berkorban untuk menjadikan dunia ini tempat yang aman serta sejahtera.

Baginda bertitah, para graduan perlu bersedia membantu orang lain serta mengorbankan sedikit kesenangan dan kemewahan dengan mereka yang menderita di mana sahaja.

''Terakhir, anda semua perlu bersedia melakukan perubahan. Dalam menghadapinya, jangan sama sekali mengorbankan prinsip asas kehidupan.

''Apa juga yang berlaku, tidak harus menggugat nilai-nilai hidup murni yang ada serta mengorbankan jati diri kita sebagai satu negara merdeka dan berdaulat,'' titah baginda. - Utusan.

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T