Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Friday, October 16, 2009

Umno Kedah ikrar tawan semula negeri itu daripada pembangkang

KUALA LUMPUR: Umno Kedah berikrar dan berjanji untuk menawan semula negeri itu daripada pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, Perhimpunan Agung Umno 2009 diberitahu di sini, hari ini.

Wakil negeri itu yang juga Ketua Umno Bahagian Pendang, Datuk Paduka Md Rozai Shafian, berkata beliau yakin dan percaya "kalau Kedah rebah di atas ribaan kami, InsyaAllah pada pilihan raya umum ke-13, atas keringat yang ada, Kedah akan kembali kepada Umno dan Barisan Nasional (BN)".

Kedah buat pertama kali pada pilihan raya umum Mac tahun lalu jatuh ke tangan parti pembangkang setelah hanya memenangi 14 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya, berbanding 22 kerusi yang dimenangai parti pembangkang daripada PAS (16), DAP (1), Parti Keadilan Rakyat (PKR) (4) termasuk satu Bebas (1).

Beliau berkata dengan suntikan semangat yang diberikan presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan perasmiannya semalam, Umno Kedah kini bersedia untuk menawan kembali negeri berkenaan daripada pembangkang.

Ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden, katanya pindaan perlembagaan parti yang diluluskan semalam adalah pengorbanan besar presiden parti terutama dari aspek memperluaskan jumlah perwakilan. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...