Skip to main content

Akui atau terus bersandiwara

Oleh ZULKIFLEE BAKAR

MALAM ini sudah tentulah tumpuan arena politik negara kepada mesyuarat khas Pas yang akan membincangkan secara terperinci kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahukan beberapa pemimpin dalam parti itu 'dibersihkan'.

Tiga pemimpin yang menjadi sasaran Mursyidul Am Pas itu ialah Timbalan Presiden parti, Nasharudin Mat Isa, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.

Nik Abdul Aziz orang yang bertanggungjawab mencetuskan perkara berkenaan semalam mengesahkan akan menghadiri mesyuarat khas itu.

Tetapi, seandainya Nik Abdul Aziz tidak hadir, sudah tentulah akan menyebabkan mesyuarat tersebut seolah-olah tidak bermakna. Ia kerana sebagai orang yang bertanggungjawab mencetuskan isu berkenaan, Nik Abdul Aziz perlu hadir bagi membolehkan kepimpinan tertinggi Pas mendengar sendiri apa yang beliau maksudkan.

Kita harus ingat selepas membuat kenyataan menggemparkan iaitu meminta Pas mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM), Nik Abdul Aziz sendiri yang menukar pendirian supaya diadakan mesyuarat khas.

Kini permintaan itu telah dipenuhi oleh kepimpinan Pas dengan hasrat untuk melihat apa sebenarnya Nik Abdul Aziz mahukan. Menteri Besar Kelantan itu tidak boleh melontarkan pandangan yang menggemparkan dan kemudiannya tidak hadir apabila apa yang beliau perkatakan itu hendak diputuskan.

Namun persoalan lebih besar, apakah mesyuarat khas yang bakal berlangsung mampu menyelesaikan masalah yang berlaku? Mahu tidak mahu, biar apa pun alasan dan hujah yang diberikan oleh pemimpin Pas, adalah jelas keharmonian parti itu kini sedikit tergugat.

Pas kini berhadapan dengan situasi bukannya untuk 'membersihkan' beberapa pemimpin yang dimaksudkan oleh Nik Abdul Aziz tetapi lebih serius daripada itu ialah sejauh manakah parti berkenaan berkemampuan bagi mengelakkan perpecahan atau sekurang-kurangnya perasaan tidak puas hati di kalangan ahli berterusan.

Sama ada hendak diakui atau tidak, penulis diberitahu, di peringkat akar umbi sekarang mereka tertanya-tanya apakah sebenarnya berlaku. Mereka mahu krisis itu diselesaikan segera kerana ia adalah jelas mencemarkan imej Pas yang sebelum ini dianggap jauh daripada pergolakan dan perbalahan.

''Ahli-ahli Pas benar-benar menanti apa yang akan berlaku malam ini. Mereka hendak lihat sebarang keputusan yang dibuat tidak akan memburukkan lagi keadaan,'' kata seorang pemimpin Pas peringkat kawasan ketika dihubungi.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga mungkin tidak senang dengan situasi sekarang dan amat berharap ia diselesaikan melalui musyawarah. Ia kerana konflik tersebut tidak akan menguntungkan Pas sebaliknya hanya mencemarkan parti berkenaan.

Sebab itulah Abdul Hadi menganggap EGM adalah persoalan kecil dan sebagai pemimpin berpengalaman beliau memahami bahana yang menanti Pas jika ia diadakan.

Justeru ramai yang meramalkan bahawa tiada apa-apa keputusan besar yang akan dicapai dalam mesyuarat khas malam ini, selain kata-kata atau penjelasan berbentuk retorik yang mungkin dikeluarkan oleh kepimpinan Pas atas dasar melindungi kepentingan dan imej parti berkenaan.

Walaupun sehebat manapun perbezaan antara mereka, pemimpin-pemimpin Pas yang hadir sudah pasti akan berusaha sedaya upaya untuk menunjukkan bahawa mereka tetap bersatu dan tiada perbalahan antara mereka.

Mesyuarat itu tidak akan memutuskan sama ada EGM perlu diadakan atau tidak kerana ia dianggap sudah tidak relevan. Sebaliknya menurut sumber, tumpuan akan lebih diberikan kepada apa yang tersirat di sebalik kenyataan Nik Abdul Aziz itu.

''Sebab itulah pemimpin-pemimpin Pas mahu Nik Abdul Aziz hadir, mereka mahu beliau sendiri menerangkan secara terperinci kenapa ada pemimpin parti itu perlu 'dibersihkan'.

''Walaupun sudah diganti dengan mesyuarat khas tetapi kenyataan Nik Abdul Aziz mengenai EGM seolah-olah menunjukkan bahawa parti itu berada dalam keadaan cukup teruk sehingga memerlukan EGM bagi memperbetulkan keadaan,'' kata satu sumber.

Pemerhati politik yakin Pas akan berhati-hati dalam membuat kenyataan media selepas mesyuarat itu kerana bimbang ia akan disalahtafsirkan. Pas akan menggunakan apa juga hujah untuk melindungi perbalahan mereka.

Mungkin daripada satu segi, mesyuarat itu boleh berbuat demikian tetapi mereka tidak akan mampu menghalang wujudnya persepsi di kalangan orang ramai bahawa parti itu sudah pecah.

Pas boleh menafikan apa sahaja tetapi persepsi tetap persepsi dan selama ini 'senjata persepsi' itulah yang digunakan oleh pembangkang ke atas Barisan Nasional (BN). Oleh itu Pas tidak boleh menafikan bahawa mereka kini di ambang krisis.

Lihat sahaja blog-blog termasuk yang dikendalikan oleh beberapa pemimpin Pas, mereka menuding jari dan menyindir sesama sendiri, seolah-olah memberikan bukti bahawa dalam parti itu memang terbahagi kepada dua kumpulan.

Seperkara lagi, kita juga tidak perlu terkejut kalau akhirnya ada kenyataan yang dibuat menuding jari menyalahkan media terutama media arus perdana. Fakta ini bukanlah rekaan tetapi sudah pun berlaku, apabila ada pemimpin Pas menganggap media sengaja memperbesar-besarkan kenyataan Nik Abdul Aziz. Lebih dangkal lagi ada pemimpin Pas di peringkat negeri yang menyifatkan apa yang berlaku adalah permainan UMNO.

Kita tidak perlu melayan tuduhan jahil seumpama itu, namun Pas perlu diperingatkan supaya belajar untuk memahami bahawa mereka juga ada kelemahan. Justeru mesyuarat malam ini sepatutnya bersedia mengakui ada masalah di peringkat kepimpinan tetapi dengan fikiran terbuka bersedia memperbaiki.

Janganlah dalam mesyuarat itu, ia berakhir dengan gambaran seolah-olah Pas tidak langsung ada apa-apa masalah dan kenyataan Nik Abdul Aziz dianggap satu pandangan peribadi sahaja.

Apa pun hujahnya, mesyuarat khas malam ini tetap dinanti-nantikan oleh banyak pihak. Mereka ingin melihat sejauh manakah kemelut yang berlaku dapat ditangani dengan berhemah oleh kepimpinan Pas.

Tetapi dalam masa yang sama, mereka juga akan memerhatikan apakah Pas benar-benar bertindak jujur dengan mengakui bahawa ada 'sedikit masalah' atau terus bersandiwara seolah-olah merekalah parti paling sempurna di muka bumi ini.

Namun segala-galanya terserah kepada barisan kepimpinan Pas untuk membuat keputusan dalam satu mesyuarat yang menurut seorang pemimpin Pas kepada penulis, ''tidak sepatutnya diadakan.'' - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T