Skip to main content

Cara Kerja & Karisma Najib mampu ubah sikap pemimpin UMNO

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Perubahan sikap pemimpin UMNO yang bersedia mengubah sistem yang membawa mereka ke persada kuasa berpunca daripada wawasan dan karisma Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau tidak dapat menyembunyikan rasa bangga dan terharu dengan kesediaan itu kerana dari segi fitrah manusia, bukannya mudah untuk berbuat demikian.

Namun, katanya, mereka tetap berbuat demikian kerana sedar dan insaf bahawa yang penting bukan diri sendiri tetapi kelangsungan UMNO.

"Tidak mungkin semua ini dapat dicapai tanpa kesanggupan mengorbankan kepentingan diri demi matlamat lebih besar.

"Saya yakin perubahan sikap ini berlaku tidak lain atas dorongan, tiupan semangat, karisma, daya kepimpinan dan wawasan ditonjolkan Najib sebagai Presiden dan nakhoda kapal induk UMNO," katanya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2009 di sini hari ini.

Semalam, lebih 2,500 perwakilan menerima pindaan Perlembagaan UMNO membabitkan tujuh fasal dan 41 klausa yang antaranya mengubah sistem pemilihan pucuk pimpinan melibatkan 146,500 ahli berbanding 2,500 ahli sebelum ini.

Pindaan yang bertujuan mengekang politik wang itu turut menyaksikan sistem kuota kelayakan minimum calon jawatan Majlis Tertinggi (MT) hingga Presiden dihapuskan dan diganti dengan syarat menjadi ahli jawatankuasa bahagian selama sepenggal sahaja.

Dalam perkembangan berkaitan, Hishammuddin mengakui tiada satu sistem yang benar-bebar sempurna bagi menyelesaikan masalah.

Menyedari hakikat itu, katanya, UMNO akan terus mengorak langkah supaya transformasi itu dapat dimulakan dan dimajukan demi masa depan UMNO.

"Kita akan memikul amanah dan tanggungjawab ini dengan memperhalusi perubahan yang berkaitan dengan peraturan persidangan.

"Kita akan melihat dan meneliti tata etika ahli, kita tengok kedudukan Lembaga Disiplin dan kita pastikan apa yang dipersetujui dalam perhimpunan bersejarah ini sampai ke matlamatnya," katanya.

Sementara itu, Hishammuddin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada jurucakap UMNO Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan kerana membawa semangat pemukiman di Janda Baik sewaktu membahaskan usul ucapan Presiden semalam.

Katanya, ia jelas menampakkan bibit-bibit perubahan semangat kesatuan yang terbina dalam UMNO Terengganu mula terpancar.

"Insya-Allah apabila keadaan dalam keluarga UMNO semakin pulih, rakyat yang melihat juga akan turut merasa bersemangat untuk menyokong kita," katanya yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...