Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Tuesday, October 27, 2009

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menegaskan bahawa beliau akan menghadiri mesyuarat khas Pas yang diadakan di Kuala Lumpur esok bagi membincangkan pergolakan dalam parti itu.

"Saya akan hadir juga walaupun saya penat dan banyak tugas lain di sini yang terpaksa saya hadir dan penuhi undangan," katanya selepas sidang Dewan Undangan berehat pagi ini.

Nik Aziz, yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan, berkata beliau menerima jemputan supaya hadir dalam mesyuarat itu daripada Pas Pusat atas jemputan rasmi sebagai Mursyidul Am Pas.

"Walaupun saya penat dan banyak tugas lain yang terpaksa saya sempurnakan termasuk (mesyuarat) Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi saya terpaksa hadir juga pada mesyuarat khas Pas di Kuala Lumpur esok," katanya.

Sepatutnya, Nik Aziz berkata, penganalisis politik, Aziz Bari turut dijemput menghadiri mesyuarat itu, kerana daripada artikel yang ditulisnya mengenai kerajaan perpaduanlah, mencetuskan idea untuk Muktamar Agung Khas (EGM) itu dicadangkan.

Jumaat lalu, Nik Abdul Aziz dalam blognya www.bloktokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar “dua tiga kerat” pemimpin yang bermasalah iaitu Mustafa, Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...