KOTA KINABALU: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), tiba di sini petang semalam bagi menghadiri majlis sambutan Aidilfitri dan Deepavali anjuran PKR Sabah, sekali gus 'melanggar' arahan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melarangnya memenuhi undangan itu.
Ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dari Kuala Lumpur disambut Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
Ketika ditemui pemberita, Zaid mengakui kedatangannya tidak direstui Anwar dan larangan itu adalah keputusan Biro Politik PKR.
Apabila diminta menjelaskan perkara itu, bekas Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata: "Saya akan jelaskan malam ini (pada majlis jamuan)."

Zaid turut menjelaskan, beliau bercuti enam bulan daripada Biro Politik PKR dan bukannya daripada menjadi ahli.
"Sepanjang tempoh itu saya tidak akan menghadiri mesyuarat Biro Politik PKR tetapi kegiatan lain yang ada kaitan dengan PKR saya teruskan.
"Saya cuma tidak mahu terbabit dalam membuat keputusan berkaitan politik parti. Tempoh ini akan memberi saya masa melakukan perkara lain untuk mengukuhkan parti dengan tumpuan tidak berbelah bagi," katanya. - Berita Harian
Comments
Post a Comment