Skip to main content

PM kota janji 11 Julai : 44,146 warga kota berpendapatan bawah RM2,500 menerima hadiah istimewa

Oleh Nazura Ngah dan Nor Azma Laila
bminggu@bharian.com.my


PERDANA Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak diiringi Menteri Wilayah Persekutuan Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, setibanya pada pelancaran penjualan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala lumpur (DBKL) di PPR Kerinchi di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Bernama

Kerajaan jual 29,562 kediaman PPR RM35,000

KUALA LUMPUR: Seramai 44,146 warga kota di ibu negara yang berpendapatan isi rumah bawah RM2,500 menerima hadiah istimewa apabila kerajaan mengumumkan penjualan 29,562 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan 14,584 unit Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), masing-masing pada harga RM35,000 dan antara RM21,500 hingga RM35,000.

Kerajaan juga memberikan rebat untuk kerja pembaikan rumah sebanyak RM2,500 bagi setiap unit rumah PPR MTEN di 20 kawasan, manakala antara RM1,540 hingga RM2,500 seunit PA DBKL di 17 kawasan. Borang pembelian rumah akan diedarkan mulai Isnin ini.

Hadiah istimewa itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada majlis pelancaran penjualan rumah PPR MTEN dan PA DBKL serta Jamuan Hari Raya Aidilfitri di PPR Kerinchi di sini, semalam.

Sambil menyifatkan pemilikan rumah itu sebagai hadiah bermakna kepada penduduk warga kota khususnya mereka yang berpendapatan rendah, Najib berkata, janjinya yang dibuat pada 11 Julai lalu sempena 100 hari pentadbirannya, berjaya ditunaikan.

"Sempena genap 100 hari pelantikan saya sebagai Perdana Menteri, saya sudah umumkan beberapa hadiah untuk rakyat dan satunya ialah pemilikan rumah, maka hari ini pengumuman itu menjadi kenyataan.

"Sudah tentu rumah ini diidamkan dan dinantikan semua yang layak untuk memiliki rumah... ada seorang wanita yang bersungguh-sungguh bersalam serta mengucup tangan saya dan menitis air mata ketika saya memasuki kawasan ini. Barangkali itulah gambaran perasaan mereka yang inginkan rumah kerana tiada lebih bermakna, terutama kepada mereka yang tinggal di kawasan bandar dan kota daripada memiliki sebuah rumah," katanya.

Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Kong Cho Ha.

Perdana Menteri turut menyaksikan majlis penyerahan 83 borang keahlian Umno, termasuk 70 bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) di enam cawangan di bahagian Lembah Pantai. Borang itu diserahkan kepada Raja Nong Chik oleh Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Lembah Pantai, Mohd Hafidz Maidin.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, harga rumah PPR MTEN dan PA DBKL yang ditawarkan kepada penduduk adalah jauh lebih rendah berbanding harga pasaran yang mencecah RM85,000 seunit.

"Kerajaan tidak menjual pada harga pasaran sebaliknya pada harga yang mampu dimiliki warga kota. Inilah hadiah yang sangat istimewa kepada penduduk, maknanya bukan saja impian memiliki rumah menjadi kenyataan, malah memperoleh keuntungan harta dua kali ganda kerana memiliki rumah yang dibeli pada harga jauh lebih rendah daripada harga pasaran," katanya.

Perdana Menteri berkata, langkah kerajaan itu menepati gagasan 1Malaysia, 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan' kerana apabila gagasan 1Malaysia dilaungkan, ia bermakna rumah akan dimiliki pelbagai kaum, manakala dengan slogan 'Rakyat Didahulukan,' rakyat yang layak memiliki rumah akan diberi pertimbangan sewajarnya.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan akan turut membantu memudahkan proses pinjaman dan dijangkakan pemohon akan menerima surat kelulusan dan perjanjian membeli rumah selewat-lewatnya Disember ini.

Katanya, bagi mereka yang tidak mampu membeli rumah, kerajaan tidak akan memindahkan mereka, sebaliknya dibenarkan untuk terus menyewa rumah berkenaan.

"Inilah pertimbangan yang sangat prihatin dan sangat mengutamakan kepentingan rakyat. Keadaan hidup warga kota tidak boleh ditentukan berdasarkan ukuran bangunan pencakar langit, lebuh raya dan jalan atau gedung beli belah yang mewah kerana itu semua hanyalah pelengkap kepada kota raya yang moden.

"Tetapi sebuah kota raya yang boleh menjadi kebanggaan yang kita anggap sebagai sesuatu bermakna adalah apabila keadaan hidup rakyat diambil kira dalam pembangunan kota.

"Bidang Keberhasilan Utama (KRA) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang mutlak di Wilayah Persekutuan adalah apabila rakyat biasa mendapat kepuasan hidup dan rasa lega serta terlepas daripada kesempitan hidup," katanya.

Najib turut meminta rakyat menghargai dan mengenang jasa kerajaan yang berusaha untuk memastikan kehidupan rakyat menjadi bertambah baik.

"Mudah-mudahan hadiah kerajaan pada rakyat ini akan dikenang sampai bila-bila... janganlah ingatan kita terlalu pendek hinggakan tidak sampai dua tiga bulan, sudah lupa jasa dan budi kerajaan. Oleh itu tolong ingat jasa dan budi kerajaan," katanya. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...