Skip to main content

Ibadah korban untuk penduduk Islam Kemboja

PUTRAJAYA 21 Okt. - Cambodian Muslim Intellectual Alliance (CMIA) dengan kerjasama Global Peace Mission (GPM) akan menganjurkan program ibadah korban di Kemboja untuk disedekahkan kepada ratusan ribu umat Islam yang hidup di bawah paras kemiskinan di negara itu.

Pengarah Eksekutif CMIA, Mohd. Farid Hosen berkata, pihaknya menyasarkan sebanyak 700 ekor lembu untuk dikorbankan pada Hari Raya Aidiladha bagi diagih-agihkan kepada masyarakat Islam.

Katanya, rata-rata penduduk Islam Kemboja yang bekerja sebagai nelayan dan petani masih terpinggir akibat kesan peperangan angkara rejim Pol Pot.

''CMIA mewakilkan kepada GPM untuk menerima sumbangan korban daripada umat Islam di Malaysia yang mahu turut serta di mana satu bahagian korban ialah RM240 termasuk kos pengurusan di Kemboja.

''Pihak yang berhajat boleh menghulurkan sumbangan kepada GPM dengan menghubungi 03-61883230,'' katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Mohd. Farid menambah, CMIA menerima banyak permohonan daripada pasangan yang ingin berumah tangga untuk menggunakan daging korban sumbangan rakyat Malaysia bagi menganjurkan majlis perkahwinan secara beramai-ramai kerana ia lebih menjimatkan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, Jakim memberi restu kepada CMIA dan GPM untuk mempelawa umat Islam di negara ini turut serta melaksanakan ibadah korban di Kemboja.

''Penyertaan rakyat negara ini dalam ibadah tersebut amat dialu-alukan bagi meringankan beban saudara seagama kita yang hidup dalam kesusahan dan lebih memerlukan,'' katanya.

Sebagai contoh ujar beliau, Arab Saudi telah mengetinkan daging-daging korban di negara itu untuk diagih-agihkan kepada penduduk miskin Afrika dan usaha tersebut dilakukan secara sistematik. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...