Skip to main content

Nik Aziz kutuk provokasi

KOTA BHARU 10 Okt. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengutuk mereka yang cuba melakukan provokasi sehingga menjejaskan ketenteraman awam dalam kempen-kempen pilihan raya.

Beliau menyifatkan mereka yang melakukan perkara seumpama itu tidak bertindak selaras dengan nilai Islam dan demokrasi.

Nik Abdul Aziz menyifatkan mereka sebagai golongan keras hati yang tidak dapat menerima kelemahan dan tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri untuk menjadi pemimpin sehingga sanggup berbuat apa sahaja bagi mencapai matlamat.

Tanpa merujuk kepada mana-mana parti, Nik Abdul Aziz mengutuk perbuatan tersebut dan percaya pembalasan terhadap mereka yang terlibat adalah api neraka.

"Benda ini bukan UMNO dan Pas sahaja, dulu zaman nabi pun sudah berlaku sebab mereka degil dan keras hati. Orang keras hati tidak dapat menerima kelemahan diri.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di kediamannya di sini hari ini.

Menteri Besar itu diminta mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini bahawa pemimpin Pas yang berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan cuba menimbulkan provokasi dengan dakwaan yang tidak benar disiarkan di dalam dua blog.

Dalam blog berkenaan, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub telah memegang sekeping gambar mendakwa penyokong parti itu cedera diserang ahli UMNO dengan gambaran kecederaan yang teruk ke atas mangsa.

Bagaimanapun, gambar mangsa cedera yang ditunjukkan oleh Salahuddin dan disiarkan dalam kedua-dua portal berita itu berbeza dengan orang yang dilaporkan kepada polis.

Nik Abdul Aziz berkata, sesiapa sahaja yang menegakkan Islam dan menyokong sistem demokrasi juga akan mengutuk sebarang perbuatan provokasi.

"Orang yang jaga Islam dan jaga demokrasi keduanya mengutuk (provokasi). Demokrasi sendiri pun tidak menyokong kekerasan malah mahu manusia berfikir secara bebas.

"Tidak ada ubat atau pil di kedai yang boleh dibeli untuk merawat manusia seperti ini. Ingatlah pada Allah bahawa orang yang degil walau macam manapun akan masuk ke neraka juga," tambahnya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...