Skip to main content

Bergerak seiring UMNO


PARA tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka MIC sempena sambutan Hari Deepavali, melaungkan slogan "1Malaysia" sebagai tanda perpaduan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua parti komponen Barisan Nasional (BN) menyelesaikan segera sebarang masalah dalaman yang dihadapi agar mereka dapat bergerak seiring dengan UMNO yang kini sedang aktif melakukan transformasi.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, secara umumnya perpaduan dalam parti itu adalah mantap tetapi ia belum cukup padu.

"Perpaduan dalam BN bagus, ada masalah dalaman sikit-sikit dan mereka kena menyelesaikannya cepat," katanya selepas menghadiri Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Najib diminta mengulas keadaan perpaduan dalam BN dan langkah yang perlu diambil memandangkan UMNO sudah pun bergerak aktif ke arah itu.

Mengulas sambutan rumah terbuka tersebut, beliau berkata, nyata semangat 1Malaysia hidup di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

"Saya berasa seronok hari ini, saya dapat lihat semangat 1Malaysia hidup di kalangan masyarakat di negara ini.

"Jadi ini satu budaya yang sangat baik dan perlu kita kekalkan," katanya.

Pada rumah terbuka berkenaan, Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menyambut ketibaan kira-kira 5,000 warga kota pelbagai kaum yang datang ke majlis berkenaan.

Turut hadir ialah para pemimpin parti politik termasuk Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin serta beberapa pemimpin parti pembangkang.

Samy Vellu ketika ditemui pemberita berkata, semangat perpaduan yang ditunjukkan masyarakat pelbagai kaum di negara ini menampakkan matlamat gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Najib semakin menunjukkan hasil positif. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...