Skip to main content

Budak Suruhan Anwar yang lari : Raja Petra masih gagal dikesan

KUALA LUMPUR: Penulis blog, Raja Petra Raja Kamaruddin, masih gagal dikesan walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh pihak polis menyebabkan waran tangkap gagal diserahkan kepadanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hafiz Mohd Yusoff, memberitahu perkara itu di Mahkamah Sesyen di sini berikutan ketidakhadiran Raja Petra hari ini bagi perbicaraan kes memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor dan dua yang lain.

Mohd Hafiz berkata, notis tunjuk sebab kepada penjamin iaitu isteri Raja Petra, Mable@Marina Lee juga tidak dapat dilakukan.

Bagaimanapun Pegawai Penyiasat ACP Aziz Zakaria, yang memberi keterangan bersumpah di kandang saksi, memberitahu mahkamah bahawa pihak polis telahpun menggandakan usaha mencari Raja Petra termasuk menyediakan pegawai khas untuk memantau rumahnya di Sungai Buloh tetapi masih gagal mengesannya.

"Kita ada menerima maklumat pergerakan Raja Petra dan cuba mengesannya di beberapa tempat yang sering beliau berada tetapi sampai sekarang kita tidak tahu di mana kedudukan Raja Petra," katanya ketika ditanya Mohd Hafiz.

Katanya, usaha mengesan Raja Petra masih diteruskan kerana beliau juga mempunyai kes di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya yang turut mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Ditanya peguam Amarjit Singh yang mewakili Raja Petra berapa kali pihak polis cuba ke rumah anak guamnya, Aziz berkata: "Ada anggota yang sentiasa memantau rumah dia, tunggu dia balik."

Aziz berkata, beliau tidak pasti sama ada Raja Petra masih berada di dalam negara atau tidak.

Bagaimanapun di awal prosiding, Mohd Hafiz memberitahu bahawa berdasarkan rekod imigresen tiada sebarang maklumat yang menyatakan Raja Petra telah keluar dari Malaysia.

Berdasarkan rekod lalu, waran tangkap terhadap Raja Petra dikeluarkan pada 26 Mei lalu dan kesnya telah disebut sebanyak dua kali termasuk hari ini di hadapan Hakim Mohamad Sakeri Mamat.

Raja Petra, 59, dituduh memfitnah Rosmah, semasa suaminya, Datuk Seri Najib Razak, adalah Timbalan Perdana Menteri serta pegawai pengiring Rosmah ketika itu, Lt Kol Norhayati Hassan, dan suaminya, Lt Kol Abdul Aziz Buyong, dalam satu akuan bersumpah yang dibuat di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada 10.25 pagi, 18 Jun tahun lalu.

Raja Petra yang turut diwakili peguam Amarjeet Singh, boleh dipenjara sehingga dua tahun atau didenda jika disabit kesalahan.

Setelah mendengar penjelasan Aziz mengenai usaha mengesan Raja Petra, Mohd Sakeri menetapkan 13 November untuk sebutan kali terakhir.

Terdahulu, Amarjit memohon anak guamnya dilepaskan tanpa dibebaskan berikutan kegagalan menyerahkan waran tangkap dan notis tunjuk sebab itu.

Mohd Hafiz pula membantah permohonan itu kerana katanya pihak pendakwaan telah bersedia untuk meneruskan kes tetapi tertuduh yang melarikan diri.

Beliau memohon mahkamah menimbangkan situasi itu dan memberi tempoh masa untuk menyempurnakan waran tangkap dan notis tersebut. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...