Skip to main content

Dendam Nik Aziz

APABILA Nik Aziz Nik Mat serius mahukan satu Muktamar Agung Khas Pas segera diadakan, saya tidak melihatnya dari sudut parti itu dilanda krisis kepimpinan yang serius seperti anggapan kebanyakan orang. Walaupun kemungkinan krisis itu benar, saya melihatnya dari sudut yang lain.

Gesaan Nik Aziz itu saya pandang sebagai mesej betapa berdendam dan bencinya beliau kepada UMNO. Beliau benar-benar ‘berkerat rotan berpatah arang’ dengan UMNO yang sama sebangsa dengannya. Kemarahan dan kebencian ini semakin menjadi-jadi sehingga sanggup melabel UMNO sebagai ‘parti sesat’ yang tidak membawa ke syurga.

Pintu rundingan dengan parti Melayu terbesar itu (UMNO) ditutup terus dan tidak ada sebarang muzakarah lagi kerana bagi beliau, parti UMNO tidak berlandaskan Islam dan tidak berjuang untuk menegakkan agama Allah. Gagasan untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan seperti cadangan Presiden Pas, Hadi Awang ditendang terus daripada perbincangan.

Berpegang daripada perkara itulah juga gesaan Muktamar Agung Khas ini dilontarkan beliau dan tidak ada ruang untuk bertolak ansur lagi walaupun menurut Hadi, beliau akan mendengar sendiri pendirian Nik Aziz itu.

Nik Aziz berharap muktamar itu dapat membersihkan Pas daripada semua elemen yang mahu menjalin kerjasama dengan UMNO. Beliau mahu muktamar itu menentukan nasib tiga pemimpin yang beliau dapati bermasalah.

Begitulah dendam Nik Aziz sehinggakan apa saja yang berkaitan dengan UMNO harus disingkirkan. Pemimpin yang mencadangkan gagasan Kerajaan Perpaduan harus dibuang.

Pemimpin yang cenderung berbaik-baik dengan UMNO harus dibuang juga kerana UMNO tidak memperjuangkan Islam kononnya. Muktamar itupun mahu diadakan semata-mata hendak membersihkan PAS daripada pemimpin-pemimpin yang pernah cuba berbaik-baik dengan UMNO.

Tetapi Nik Aziz lupa bahawa Melayu yang berada dalam UMNO itu semuanya Islam. Islam seperti Islam Pas juga, menyembah Tuhan yang sama, Allah Subhanahuwata’ala. Sama-sama bersembahyang sehari lima waktu.

Namun begitu pada masa yang sama, Nik Aziz sanggup pula berkerjasama dengan DAP yang terang-terang tidak Islam dan menolak sebarang usaha ke arah negara Islam.

Sanggup pula beliau mengikat persahabatan dengan PKR yang nyata hanya berjuang untuk kepentingan individu tertentu semata-mata.

Nik Aziz juga sanggup lebih mempercayai ayat-ayat al-Quran yang disampaikan ahli-ahli politik bukan Islam daripada DAP dan PKR daripada ayat-ayat al-Quran yang dibaca orang-orang UMNO. Malah Nik Aziz merestui semua kerjasama dengan DAP dan PKR tanpa menoleh ke belakang lagi, tanpa memandang lagi pelaksanaan hukum hudud yang menjadi teras perjuangan asal PAS satu ketika dulu.

Begitulah tebalnya kemarahan Nik Aziz kepada UMNO sehingga tiada maaf lagi, sehingga beliau pernah mengungkapkan bahawa UMNO bukan parti yang membawa para penyokongnya ke syurga. Yang akan ke syurga hanya yang menyokong Pas.

Jika begitu, nampaknya para pendokong dan penyokong Pas sama ada daripada Pas, PKR dan DAP berpeluang baiklah dapat memasuki syurga berbanding dengan pendokong dan penyokong UMNO.

Yan, Kedah - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T