Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Tuesday, October 20, 2009

Dah dijangka : Khalid terima keputusan Badrul Hisham

SHAH ALAM 19 Okt. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor akan menerima sekiranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah berhasrat meninggalkan parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sebagai seorang ADUN, Badrul Hisham mempunyai hak untuk menentukan kedudukan sama ada untuk terus kekal dalam parti itu atau sebaliknya.

''Jika beliau (Badrul Hisham) mahu keluar (daripada PKR) dan menjadi wakil rakyat bebas, ia terpulang kepadanya kerana beliau adalah ADUN yang mewakili kawasan tersebut.

''Beliau boleh buat keputusan sendiri. Bagaimanapun di peringkat kepimpinan parti (PKR), kita sudah tentu akan mengambil kira tentang mereka yang meninggalkan parti,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis Dialog Bersama Kedutaan dan Majlis Perniagaan Asing 2009 di sini hari ini.

Abdul Khalid mengulas ura-ura Badrul Hisham akan keluar PKR dan menjadi wakil rakyat bebas ekoran kontroversi melibatkan dirinya sebelum ini yang dikatakan tidak melaksanakan tugas serta tanggungjawab di kawasan itu.

Ekoran itu, banyak desakan dalam PKR sendiri yang mahukan ADUN berkenaan melepaskan jawatannya bagi memastikan tidak wujud masalah kepada pentadbiran pakatan pembangkang di Selangor.

Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor memberitahu, pihaknya akan tetap meneruskan perbincangan dengan Badrul Hisham bagi mencari penyelesaian terbaik menangani masalah yang dihadapi oleh ADUN serta rakyat di kawasan berkenaan. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...