Skip to main content

Kemelut PKR : Jeffrey kecewa dituduh gagal laksana tugas

KOTA KINABALU 20 Okt. - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan melahirkan rasa kecewa terhadap tuduhan bahawa beliau gagal melebarkan pengaruh parti itu di Sabah.

Katanya, dakwaan tersebut adalah tidak berasas kerana beliau telah berusaha keras melebarkan pengaruh PKR sehingga menyaksikan parti itu bertapak dan terus aktif di negeri ini.

"Kenyataan itu tidak benar. Dahulu sebelum saya masuk PKR hanya beberapa kerat ahli sahaja yang aktif tetapi sejak saya menyertai PKR mereka telah aktif malah saya juga telah dapat menarik ramai ahli baru," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Setiausaha Sulit Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari bahawa krisis dalaman parti itu di Sabah dipercayai berpunca daripada hilangnya kepercayaan Anwar terhadap kemampuan Jeffrey.

Anuar mendakwa sewaktu menyertai PKR, Jeffrey telah diberi tugas untuk melebarkan pengaruh parti itu di Sabah namun beliau gagal walaupun 'tsunami politik' telah berlaku di Semenanjung pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Katanya, Jeffrey kemudiannya diminta memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Sabah supaya melompat parti bagi membolehkan pakatan pembangkang membentuk kerajaan Pusat, namun ia turut menemui kegagalan.

Krisis dalaman PKR Sabah memuncak apabila 18 daripada 23 ketua bahagiannya membantah pelantikan Azmin Ali sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri.

Ia 'dipanaskan' lagi dengan kehadiran Zaid Ibrahim pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Deepavali di Plaza Tanjung Aru dua hari lalu walaupun dinasihatkan oleh Anwar supaya tidak berbuat demikian berikutan bantahan Azmin sebagaimana dilaporkan sebuah portal berita.

Dalam pada itu Jeffrey berkata, beliau sentiasa berusaha keras menguatkan parti itu di Sabah yang telah menyaksikan parti pembangkang itu berjaya mendapat pengaruh di negeri ini.

Sementara itu ketika ditanya mengenai pelantikan Azmin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PKR Sabah, beliau enggan mengulas lanjut.

"Kalau perkara itu tidak tahulah saya," ujarnya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T