Skip to main content

Tanggungjawab, komitmen besar pastikan parti di landasan kukuh

Semangat, jiwa ahli Umno mesti pulih untuk capai kejayaan

PERHIMPUNAN Agung Umno kali ini diadakan selepas kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang. Adakah ini menunjukkan tanda Umno sudah mula pulih dan apakah kesan terhadap semangat ahli Umno?

Saya harap begitulah. Maknanya kemenangan besar kita di Bagan Pinang akan menjadi detik penting dalam proses memulihkan semula Umno terutama dari segi semangat dan jiwa ahlinya untuk melakukan usaha lebih gigih dan terancang bagi mencapai kejayaan lebih besar. Namun demikian saya berpendapat bahawa satu pilihan raya kecil tidak semestinya bererti segala-galanya sudah berada dalam keadaan yang sempurna.

Kita harus terima hakikat bahawa berdasarkan sejarah, kita perlu jadikan sesuatu kejayaan itu sebagai iktibar dan suntikan semangat. Kita mesti berpijak di bumi nyata bahawa tanggungjawab dan tugas kita masih besar yang perlu kita lakukan dengan komitmen dan dedikasi sepenuhnya. Barulah kita boleh menganggap bahawa Umno sudah berada di atas landasan yang kukuh dan utuh.

Datuk Seri akan menyampaikan ucapan dasar Presiden yang pertama pada perhimpunan kali ini. Apa mesej utama yang akan disampaikan dan adakah perubahan dijangkakan.?

Saya akan meneruskan mesej dan tema saya. Sejak saya ambil alih pucuk pimpinan parti dan kerajaan, saya berikrar membawa perubahan dan pembaharuan, sama ada dari segi dasar kerajaan, pendekatan yang kita lakukan termasuk juga metodologi yang kita terima pakai supaya lebih selaras dengan situasi dan keadaan semasa. Begitu juga dalam konteks parti.

Umno mesti juga melalui proses perubahan dan pembaharuan di samping mengekalkan tradisi termasuk nilai yang baik yang telah menjadi pegangan kita selama ini. Di samping itu, Umno juga mesti menampilkan imej sebagai parti yang dinamik dan progresif.

Pindaan Perlembagaan Umno ialah satu langkah besar dan berani bagi mengatasi politik wang dan menjadikannya lebih demokratik. Adakah Datuk Seri yakin usaha ini akan mencapai matlamatnya?

Saya berpendapat bahawa pindaan perlembagaan ini satu langkah yang begitu besar kesannya kerana inilah kali pertama dalam sejarah Umno pindaan perlembagaan yang begini radikal dicadangkan untuk diterima oleh perhimpunan khas nanti.

Sebelum ini, kita ada membuat pindaan tetapi pindaan itu lebih dalam bentuk prosedur tetapi kali ini perubahan yang kita cadangkan ini begitu bermakna sebab ia berkisar kepada proses pemilihan itu sendiri dan juga dari segi kemasukan ke dalam Umno yang lebih terbuka. Dan juga lebih inklusif dalam erti kata generasi muda dan wanita diberi pengiktirafan yang begitu bermakna di bawah pindaan yang kita cadangkan. Saya juga berpendapat bahawa untuk mengubah manusia itu begitu sukar.

Bagaimanapun, apa yang boleh kita lakukan ialah untuk menentukan satu sistem pemilihan yang lebih ketat dan lebih telus sehinggakan kalau ada manusia yang nak cuba mengeksploitasikan sistem baru kita ini, dengan membeli undi umpamanya, risikonya terlalu besar kerana bilangan perwakilan yang terbabit ialah seramai 150,000 orang dan tentu sekali kalau dia cuba, perbuatan itu mudah dikesan dan tindakan boleh diambil terhadap sesiapa yang menyalahgunakan hak dalam parti.

Selepas pindaan ini diterima nanti, apa pendekatan Datuk Seri bagi melonjakkan perjuangan parti terutama daripada segi roh dan semangat ahli?

Kita buat macam-macam cara. Antaranya kita sudah ada kursus perdana untuk 260 pimpinan atasan Umno membabitkan ketua bahagian dan kita akan meneruskan dengan mengadakan ratusan bilangan kursus di semua peringkat termasuk untuk sayap kita. Kita akan menyusun agenda kerja lebih rapi dan terarah dan kita akan menentukan sistem pengawasan lebih berkesan. Saya percaya ahli parti akan memberi respon kepada pendekatan yang kita buat ini untuk memulihkan Umno dan memastikan Umno lebih diterima di kalangan rakyat.

Dalam usaha mengukuhkan semula Umno, ramai berpendapat Umno mempunyai tempoh kira-kira dua tahun sebelum menghadapi pilihan raya umum akan datang. Pada pandangan Datuk Seri adakah tempoh itu terlalu singkat?

Kita tiada ada pilihan. Perlembagaan Negara menentukan had tempohnya. Jadi sebagai ahli parti kita mesti menyesuaikan apa yang patut kita lakukan dalam konteks jangkaan masa yang ditetapkan Perlembagaan. Apa guna kalau kita nak lima tahun walhal tempoh kerajaan atau Parlimen sampai Mac 2013. Jadi lebih baik kita terima. Kalau dua tahun, dua tahun, kalau tiga tahun, tiga tahun. Tapi untuk apa juga tempoh masa, kita mesti bersedia apabila sampai pada masanya.

Semasa pilihan raya kecil sebelum ini, banyak dilihat masalah dalaman Umno seperti pergolakan di peringkat bahagian dan negeri. Apakah sudah ada perubahan?

Satu daripada faktor kemenangan besar kita di Bagan Pinang ialah kerana boleh dikatakan ketiadaan masalah dalaman dan kesungguhan jentera kita. Sama ada jentera yang keseluruhannya dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden, kita lihat peranan Perhubungan sekali dengan bahagian. Jadi pimpinan bahagian sampai peringkat cawangan dan semua jawatankuasa peti undi, jawatankuasa kerja pilihan raya begitu bersatu dan komited dan ini merupakan satu faktor besar.

Satu pengajaran kepada kita bahawa kalau kita nak kemenangan yang besar seperti di Bagan Pinang, setiap Bahagian Umno mesti merapatkan barisan dan tentukan ketiadaan ataupun sifar masalah dalaman dan kalau ada masalah dalaman, ia diketepikan waktu kita menghadapi pilihan raya sekurang-kurangnya.

Pendirian politik orang Melayu dikatakan sudah berubah berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum 2008. Pada pendapat Datuk Seri apakah sebenarnya orang Melayu mahukan daripada Umno selepas mendengar denyutan nadi mereka sejak enam bulan lalu?

Saya percaya kita sudah mula menyedari apa yang dikehendaki orang Melayu dan kaum lain. Sebab itulah saya perkenalkan gagasan 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Ayat ini mengandungi tiga unsur yang bermakna dan kalau kita kita hayati dan terjemahkan dalam bentuk dasar, program dan pendekatan, saya percaya itulah kejayaan kita untuk mentafsirkan apakah sebenarnya denyutan nadi rakyat.

Mengenai Gagasan 1Malaysia, ada kalangan orang Melayu yang dikatakan bimbang gagasan itu menghakis kepentingan mereka dan di pihak bukan Melayu, mereka kurang yakin dengan gagasan itu. Bagaimanakah Datuk Seri hendak memperjelaskan perkara ini?

Apa-apa yang kita luahkan mesti ada orang yang berasa bimbang. Malah kalau kita buat perubahan pun, setiap perubahan itu boleh menimbulkan rasa kurang senang, itu lumrah reaksi manusia. Tapi saya lihat umumnya sebahagian besar rakyat sudah menerima konsep 1Malaysia berdasarkan reaksi setiap kelompok yang saya jumpa dan majlis yang kita adakan dan disokong dengan keputusan di Bagan Pinang. Pada hakikatnya saya terangkan bahawa 1Malaysia berpaksikan kepada Perlembagaan dan Rukun Negara. Kita tidak mengambil hak daripada mana-mana kaum tetapi cuba berlaku adil kepada setiap kaum. Itu sebenarnya.

Tetapi apakah yang boleh dijangkakan dari segi memenuhi kehendak dan keperluan pelbagai kaum dalam masa terdekat?

Setiap kaum ada keperluan masing-masing tetapi ada juga yang orang kata asas - maknanya tanpa mengira kaum, semua kaum ada keperluan asas, keperluan hidup seharian memang ada merentasi kaum. Soal perumahan, pengangkutan, perubatan, keperluan makanan, pendidikan. Semua ini boleh dikatakan tiada beza. Kalau orang Melayu pun, Cina, India pun sama, masing-masing berkehendakkan kerajaan memenuhi keperluan asas mereka dan selanjutnya mereka juga mahu kerajaan yang boleh memberi mereka harapan untuk masa depan berdasarkan kemampuan mereka. Jadi kita perlu wujudkan satu sistem di mana setiap warga negara Malaysia boleh capai tahap maksimum mengikut potensi mereka sendiri.

Baru-baru ini Datuk Seri menegaskan bahawa perpaduan kaum 'tiang seri negara'. Apakah yang Datuk Seri mahu anggota Umno buat untuk memperkukuhkan perpaduan kaum?

Saya ingin ahli Umno bermula dengan perpaduan dalam Umno itu sendiri, lepas itu melihat perpaduan dalam konteks Barisan Nasional (BN). Selepas itu kita juga mesti menjadi pelopor kepada usaha untuk membuat program jangkauan dengan mereka yang tidak menjadi anggota mana-mana parti komponen BN. Sebab itu saya mengajukan sikap keterbukaan dalam pendekatan kita.

Jangan maknanya kita tidak menumpu kepada ahli kita saja. Walaupun ahli kita ini penting, tetapi kita mesti ingin mempunyai kemampuan dan kebijaksanaan untuk memperluaskan lagi apa yang boleh kita lakukan dari segi menyampaikan mesej kita. Dan juga mengisi segala harapan dan menyelesaikan masalah rakyat pada keseluruhannya. Sebab itulah saya tekankan rakyat didahulukan sebab kalau rakyat berpuas hati, rakyat akan memberi sokongan kepada kerajaan BN.

Dalam usaha Datuk Seri mahu wujudkan perpaduan yang lebih baik, barangkali sudah tiba masanya pada Perhimpunan Agung Umno, tiada lagi retorik yang membakar semangat orang Melayu tetapi pada masa yang sama menyinggung bukan Melayu. Adakah Datuk Seri fikir ini sesuai diteruskan?

Kita tidak boleh melakukan apa yang dinyatakan sebagai 'zero-sum-game', maknanya kalau kita buat sesuatu untuk orang Melayu, kita menjejaskan, menyinggung perasaan yang lain. Saya fikir kita sepatutnya sudah sampai pada satu peringkat di mana Umno dilihat sebagai parti yang menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia keseluruhannya tetapi biarlah kita menjadi parti utama, parti yang mempelopori kepentingan rakyat keseluruhan.

Pada perhimpunan kali ini, apakah isyarat utama yang perlu disampaikan kepada ahli Umno, orang Melayu dan rakyat?

Pertama Ahli Umno patut menunjuk bahawa parti kita ini parti yang kukuh. Kedua, kita sudah menerima mesej daripada pilihan raya dulu dan kita akan menampilkan satu imej yang lebih dinamik, progresif serta mengelak daripada sebarang kecacatan yang boleh mengancam kedudukan kita.

Sempena Perhimpunan Agung Umno yang bersejarah kerana meminda Perlembagaan ini, apa mesej Datuk Seri kepada anak-anak sekarang, terutama mereka yang berumur 15, 16 tahun tetapi sudah pandai mengikuti perkembangan politik dan sikap orang politik. Apakah Datuk Seri ada mesej khusus untuk golongan ini?

Bahawa Umno adalah parti yang sanggup berubah ikut keadaan semasa dan kita akan pastikan Umno relevan dulu, sekarang dan akan datang. Kita juga mengambil kira pandangan generasi muda yang lebih bermaklumat dan lebih kritikal tidak macam dulu. Malah teknologi ICT boleh menjadi 'pedang dua bilah' yang kita mesti faham dan Umno perlu mempunyai kemampuan untuk menguasai mesej kita melalui media siber ini yang kita gagal dalam pilihan raya dulu.

Dengan pelaksanaan 1Malaysia, apakah Datuk Seri ingin lihat dalam tempoh 20 tahun akan datang dari segi sikap orang Malaysia?

Saya ingin melihat bahawa kita semua ada 'rasa memiliki' kepada negara Malaysia, tidak kira apa jua kaum tetapi kita merasakan inilah negara kita, inilah tempat tumpah darah kita, inilah negara yang kita akan menumpahkan taat setia dan komitmen yang tidak berbelah bagi. Kalau kita dapat merasakan perasaan itu, maknanya kita sudah sampai pada penghayatan konsep 1Malaysia. Saya selalu sebut 'One Dream, One People, One Nation' (Satu Impian, Satu Bangsa, Satu Negara).

Berbalik kepada Umno, dikatakan ada beberapa negeri yang kurang bersetuju dengan syarat yang menggantikan sistem kuota, ada yang mahu tempoh, kena jadi AJK dulu, menyebabkan mereka lambat naik?

Tetapi sekarang ini yang paling mudah sekali, ikut pindaan ini sebab dulu dia terpaksa ada kuota, lagi susah. Sekarang ini kriterianya cukup mudah dan saya fikir ini satu pembaharuan yang sangat besar dalam Umno. Dulu nak bertanding jawatan, kena cukup kuota. Banyak yang menawar diri tetapi tidak dapat kuota.

Datuk Seri tidak bimbang kedudukan Datuk Seri tergugat?

Nasib saya di tangan ahli Umno dan rakyat. Saya serah kepada rakyat dan ahli Umno untuk menentukannya. Apa yang saya pentingkan sekarang, saya nak buat kerja, saya nak berkhidmat dengan sebaik-baiknya dengan komitmen sepenuhnya untuk kepentingan rakyat dan Negara. Itu saja pada fikiran saya.

Datuk Seri, pindaan ini tidak menetapkan syarat kelayakan minimum untuk bertanding?

Setakat ini tiada. Tetapi keputusan muktamad di tangan mesyuarat dan perhimpunan agung. Kita tengoklah jika ada perbahasan tetapi bagi kita, kita akan bentangkan tiada syarat bagi jawatan tertinggi dalam Umno.

Datuk Seri, dengan pertandingan kini terbuka berikutan perubahan dalam perlembagaan, adakah ia akan membuka pintu kepada sesiapa saja?

Ada juga pandangan sedemikian. Ada kebaikan dan keburukannya. Kalau kita buat syarat, nanti orang kata tiada sikap keterbukaan dan demokratik dalam Umno. Jadi kita serahkan kepada anggota Umno untuk putuskan.

Politik wang, bagaimana pula Datuk Seri?

Bagi politik wang, jawatankuasa disiplin masih kekal, etika masih kekal. Tetapi sekarang dengan jumlah perwakilan 150,000 berbanding dengan 2,500 orang dulu, cuba bayangkan kalau ada orang cuba bermain politik wang.

Kena kaya betul-betul tu Datuk Seri.

Kaya tu satu tapi mustahil untuk sorokkan. Cuba dia nak beli undi pada peringkat bahagian, tentu dia akan dipecat. Maknanya apa yang saya hasratkan, ubah sistem dan sistem akan ubah kelakuan anggota. Kita mesti menampilkan Umno sebagai parti yang bermaruah, berintegriti dan bersih. Barulah kita boleh menakluk kemuncak moral. Itu penting dari segi pandangan rakyat terutama generasi muda dan mereka yang terpelajar, mereka ingin melihat parti Umno yang berkualiti.

Banyak orang bercakap bahawa Umno sekarang tidak relevan, lebih-lebih lagi pembangkang?

Masalahnya, inilah propaganda lawan. Jadi dia bawa cerita dari parti lawan, dia uar-uarkan apa yang dibawa oleh parti lawan. Kalau dia orang Umno, dia tidak berapa cerdik lah, maknanya buat apa kita pula sambut apa yang cuba disebarkan oleh parti lawan. Mereka patut lebih yakin bahawa kalau Umno pun bermasalah, kita betulkan Umno, sama-sama kita betulkan Umno supaya Umno berada di landasan yang lebih baik, yang memang boleh kita lakukan.

Tapi nampak ahli Umno tidak berapa lantang seperti pembangkang?

Umno... dia terencat sikit dalam keadaan kejutan pilihan raya dulu, tapi sekarang ini sudah mula bangkit. Saya harap mereka akan bersikap lebih berani dan lebih ke hadapan dalam semua tindak tanduk yang mereka lakukan.

Pada pilihan raya lalu, ada ahli Umno sendiri yang mengundi pembangkang. Bagaimana keadaannya sekarang?

Saya ingat sudah ada perubahan di peringkat akar umbi terhadap Umno dan BN tetapi saya anggap ini sebagai satu proses yang penting sekarang, Momentum ini kita teruskan. Kita tidak boleh leka, orang kata menang sekali besar di Bagan Pinang ni, orang putih kata 'one swallow does not make a summer'. Jadi kita mesti buat apa yang harus kita lakukan berdasarkan kepada kerja yang tersusun rapi dan penuh komitmen.

Adakah Datuk Seri berpuas hati dengan agensi kerajaan dan juga Menteri dalam mempromosikan gagasan 1Malaysia?

Ini baru saja... baru beberapa bulan. Ia satu perjalanan yang panjang. Tapi saya lihat dia punya momentum sedang membina dengan baik. Dan ada orang yang saya pergi salam-salam dari jauh, dia tidak dapat salam, dia bertempik '1Malaysia'. Dan sekarang ini pun sudah jadi fesyen "Salam 1Malaysia". Saya tengok Tan Sri Isa (Samad) bila dia menang, dia tunjuk jari dia macam ni (sambil menunjukkan tanda satu)

Ada golongan yang memperlekehkan 1Malaysia malah ada imam daripada pembangkang di Selangor mengatakan bahawa umat Islam tidak harus menerima 1Malaysia dalam khutbah Jumaat?

Pembangkang... takkan nak kata 1Malaysia betul. Dia akan kata dia yang betul, kita yang salah. Terpulang kepada kita untuk mengatakan 1Malaysia memang juga selaras kehendak agama Islam. Kalau kita berdasarkan kepada Surah al-Maidah ayat kelapan, baca ayat kelapan apa Tuhan perintah kepada kita. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T