Skip to main content

Pas lancar perang psikologi

PORT DICKSON 8 Okt. - Terdesak dengan kempen dan ceramah yang tidak mendapat sambutan, Pas hari ini melancarkan perang psikologi apabila mendakwa pasukan 'ala komando' Pergerakan Pemuda UMNO menyerang markas induk Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di sini.

Pasukan itu kononnya dikatakan telah menyerang markas Pas itu pada pukul 3.30 pagi ini termasuk menyerang ahli pemuda parti itu dengan pedang Samurai dan batang besi.

Naib Presiden yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang Pas,

Salehuddin Ayub mendakwa, itu merupakan tindakan UMNO untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya itu dengan menggunakan kekerasan termasuk membabitkan khidmat samseng.

Selain itu beliau mendakwa terdapat beberapa insiden pergaduhan di samping kejadian mengepung markas pembangkang yang didakwa dilakukan oleh Pemuda UMNO.

"Setidak-tidaknya ada tiga markas Pas termasuk markas induk diserang oleh pasukan 'ala komando' oleh Pemuda UMNO pada pukul 3.30 pagi tadi. Niat mereka datang ke sini adalah cuba untuk mencetuskan huru hara dan provokasi.

"Lebih menyedihkan ada di kalangan ahli Pemuda Pas di serang dengan pedang Samurai dan batang besi dan perkara ini amat menyedihkan hati kami," katanya pada sidang akhbar di markas Pas di sini hari ini.

Untuk itu kata Salehuddin, pihaknya telah membuat sembilan laporan polis mengenai insiden berkenaan bagi tujuan siasatan.

Bagaimanapun Salehuddin menyifatkan tindakan polis untuk membantu meredakan kedua-dua insiden berkenaan dianggap lembap. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...