Skip to main content

Hadi-Nik Aziz: Buku belum ditutup lagi

DRAMA arahan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat bertajuk EGM cukup hebat. Sehinggakan presidennya, Haji Hadi Awang semalam terpaksa membuka mulut membuat pengakuan bahawa cadangannya untuk bekerjasama dengan UMNO dan mewujudkan kerajaan perpaduan sebagai ''sudah tidak wujud lagi dalam kamus parti itu kini''.

Hadi seakan menggigil dengan gertakan Nik Aziz sehingga terpaksa membuat kenyataan sedemikian. Setahu kita Hadi bukan macam itu. Beliau satu ketika dulu dianggap sebagai singa Pas.

Atau sengaja Hadi membuat kenyataan itu untuk meredakan keadaan? Semasa membuat kenyataan itu di lobi Parlimen semalam, Hadi memberi alasan kerajaan perpaduan tidak ada lagi. ''Itu dah tutup buku. Perdana Menteri itu (sebelum ini) pun sudah berhenti.

''Pemimpin yang ada (Najib Tun Razak) kita tidak tahu bagaimana sikapnya dan kedudukannya dan keadaan juga sudah berubah," jelasnya lagi.

Namun jika dianalisis kata-katanya itu, ada banyak maksud yang boleh ditafsirkan. Kenyataannya tidak jelas. Beliau masih tidak menolak kemungkinan yang bakal mendatang. Para penganalisis melihat Hadi dan kumpulannya masih menaruh harapan kepada cadangan itu.

Kepimpinan UMNO sekarang melalui Muhyiddin Yassin sendiri berkata kelmarin bahawa usaha satukan Pas-UMNO belum berakhir.

''Hadi belum tutup buku (sepenuhnya) lagi," kata seorang kuat Pas kepada saya. Sebaliknya Nik Aziz dan pengikutnya yang sedang gelisah.

Golongan Hadi, Hassan Ali, Mustafa Ali, Nasaruddin Mat Isa, Harun Din malah Harun Taib mempunyai pendapat dan matlamat mereka sendiri. Golongan ini tidak mahu melihat Pas dirosakkan oleh unsur-unsur dalaman yang 'tidak tentu arah'. Golongan Hadi ini berpengaruh, mereka bukan keseorangan.

Mereka ini rata-rata disokong oleh ketua-ketua sayap parti itu, termasuk pesuruhjaya Pas negeri yang merupakan 'orang Presiden'.

Sementara golongan Nik Aziz - Husam Musa, Salahuddin Ayub, Kamaruddin Jaafar, Mahfuz Omar, Hatta Ramli, Khalid Samad, Dr. Siti Mariah Mahmud, Dr. Lo'Lo Ghazali tidak mahu membiarkan golongan Hadi merosakkan rancangan mereka. Mereka ini pula, dikatakan adalah penyokong dan bersimpati dengan perjuangan Anwar Ibrahim.

Benar seperti kata Tun Dr. Mahathir Mohamad: ''Nik Aziz adalah penyokong terkuat Anwar dalam Pas , Hadi tidak kuat sangat.''

Golongan Hadi cukup bimbang melihat perjuangan sebenar Pas sedang tersasar jauh. Pas selama ini (selepas pilihan raya umum ke-12) dikatakan hanya menang bersorak (bertakbir) sahaja. Tapi orang lain yang sedang pulun. Rakan-rakannya dalam pakatan yang mengawal segala-galanya perancangan di peringkat pusat. Ironinya, Pas sendiri difahamkan bukanlah diterima sangat dalam pakatan. Mungkin juga mereka ini tidak boleh dipercayai atau dicurigai?

Pas dalam banyak hal dikatakan sering mengambil sikap membisu dan senyap semasa mesyuarat dan perbincangan di peringkat pakatan. Begitu juga pemimpin Pas dalam kerajaan yang diperintah PKR/DAP. Mereka protes dalam senyap. Hassan Ali, misalnya dikatakan ''tidak bertentang mata dengan Khalid Ibrahim." Benarkah?

Kita kena ingat PKR yang diasaskan oleh Anwar mempunyai agenda besar peribadinya sendiri, begitu juga dengan DAP yang mempunyai agenda Malaysian Malaysianya (atau juga mungkin berbunyi Malaysia Raya) - tapi Pas ini kita kurang nampak agendanya.

Agenda negara Islam? Tak mungkin kerana DAP kata langkah mayatnya dulu. Agenda Melayu? Tak mungkin juga kerana Nik Aziz menolak konsep kebangsaan Melayu. Oleh itu apa agenda Pas? Kita tidak nampak sangat.

Namun, pemerhati melihat perjuangan Nik Aziz ini lain macam sikit. Beliau mempunyai agenda peribadinya yang tersendiri - sama seperti Anwar, tapi terlalu peribadi sifatnya.

Beliau terlalu personal dengan isu-isu yang membabitkan UMNO. Saya tertarik memetik surat seorang pembaca, Ilham Syakila, Yan, Kedah yang dihantar ke ruangan Forum Utusan Malaysia Isnin lalu (26 Oktober) yang berbunyi: ''Gesaan Nik Aziz itu saya pandang sebagai mesej betapa berdendam dan bencinya beliau kepada UMNO. Beliau benar-benar 'berkerat rotan berpatah arang' dengan UMNO yang sama sebangsa dengannya. Kemarahan dan kebencian ini semakin menjadi-jadi sehingga sanggup melabel UMNO sebagai 'parti sesat yang tidak membawa ke syurga."

Sebaliknya golongan Hadi dalam Pas merasakan agenda mereka harus diluruskan kembali. Mereka harus kembali kepada perjuangan Melayu yang berlandaskan Islam. Mereka tidak mahu membiarkan kumpulan dalam Pas yang membuat bising sekarang dikuasai oleh kumpulan Anwar.

Mereka juga tidak mahu melihat DAP menguasai segala-galanya. Pas haruslah diberi tempat sewajarnya.

Seorang pemimpin Pas pernah kedengaran menyebut: ''Sebelum saya menutup mata, saya mahu melihat orang Melayu bersatu." Kata-kata itu sungguh mendalam maknanya. Itulah sebenarnya antara perjuangan asal Pas. Jika para pemimpin Pas terdahulu, seperti arwah Asri Muda dan Fadzil Nor boleh duduk semeja dengan UMNO semasa orang Melayu tertekan, mengapa tidak pemimpin sekarang.

Namun melihatkan senario sekarang, Nik Azizlah yang cukup tertekan. Drama arahannya EGM telah memakan dirinya sendiri. Para pemimpin tertinggi Pas mendesak Nik Aziz hadir ke mesyuarat khas parti itu malam ini bagi membersihkan nama-nama mereka.

Persoalannya, apakah Nik Aziz akan hadir. Apakah Nik Aziz sanggup berdepan dengan mereka ini? Suara-suara sudah kedengaran supaya EGM terus diadakan bagi menyingkirkan Nik Aziz dan bukannya 'satu dua kerat' itu.

Nampaknya, buku belum ditutup lagi... - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T