Skip to main content

Pembangkang Guna Taktik Lama, Jerat BN Terperangkap Sendiri

By administrator | Category: Berita Eksklusif

duit-rasuah123

PORT DICKSON, 10 Okt – Alternatif saat akhir pakatan pembangkang untuk memburuk-burukkan Barisan Nasional (BN) dan calonnya, Tan Sri Isa Samad ‘makan tuan’ apabila tindakan buruk mereka dapat dihidu lantas tindakan segera dilakukan.

Difahamkan pihak polis telah menahan sekumpulan lelaki yang dipercayai ahli dari pakatan pembangkang sedang mengedarkan wang palsu kononnya dari UMNO kepada para pengundi di sini.

Beberapa individu di Ladang Bradwall juga dilaporkan menerima sampul surat yang di dalamnya tertera nota berlambang BN bersama gambar calon iaitu Isa Samad di samping tiga keping not RM100.

Lebih mengaibkan lagi, not RM100 tersebut seakan wang yang sebenar lantas apabila diamati dari segi kualiti warna dan kertas yang digunakan ia adalah salinan fotostat bagi mengaburi mata individu terbabit.

Tindakan tidak bertanggungjawab sehinggakan sanggup menggunakan taktik kotor bagi memburukkan Barisan Nasional (BN) dengan perbuatan seakan-akan kononnya BN memberikan rasuah untuk memenangi hati pengundi.

Sesungguhnya, tindakan sedemikian adalah sesuatu yang tidak bermoral kerana sanggup menggunakan ‘jalan pintas’ bagi mendapatkan sokongan daripada penduduk tempatan.

Apa yang pasti, taktik sedemikian juga pernah digunakan oleh pihak terbabit untuk memburuk-burukkan BN dan mempengaruhi para pengundi dalam pilihan raya kecil sebelum ini di Permatang Pasir, Pulau Pinang, namun malangnya tidak ada pihak yang bertanggungjawab atau ditangkap ekoran perbuatan tersebut.

Lantas, apabila taktik sama digunakan di sini, ia memakan diri sendiri dan siapakah dalangnya akan terdedah lantaran ketaksuban untuk terus menjatuhkan BN.

Ini juga menjadi bukti bahawa pihak terbabit terdesak lantas menggunakan alternatif sedemikian bagi memburuk-burukkan BN dan seterusnya meraih perhatian daripada para pengundi tempatan.

Perlu difahami, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, BN tidak perlu melaksanakan tindakan dangkal sedemikian kerana tentunya, fokus utama BN adalah kesinambungan pembangunan, pentadbiran dan kemajuan berpanjangan untuk keselesaan dan kesejahteraan masyarakat tempatan.

Selaras dengan itu, diingatkan kepada masyarakat tempatan agar tidak terpedaya dengan taktik sedemikian dan berhati-hati apabila ada individu atau pihak tertentu memberikan wang kerana dikhuatiri ia adalah wang palsu untuk tujuan mengaibkan BN. - UMNO online

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T...

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...