Skip to main content

Insaflah wahai penyokong Pas dan PKR

SEBAGAI parti yang kononnya berlandaskan Islam, terimalah kekalahan sebagai ketentuan Ilahi, bukannya menimbulkan pelbagai tuduhan atau fitnah yang lain pula ke atas BN. Kenapa mesti bising dan menuding jari ke arah orang lain apabila kalah.

Kata akan buat bedah siasat dan terima dengan hati yang terbuka.

Cuba buat muhasabah diri. Dr. Badrul Amin meminta diputuskan hubungan dengan keluarga yang menjadi polis atau yang menjadi ahli UMNO.

Kemudian Salahuddin buat tuduhan palsu kononnya anggota Pas diserang dengan pedang samurai oleh Pemuda BN.

Kenapa mesti membawa Nizar dari Perak yang dianggap penderhaka kepada raja untuk berceramah di Bagan Pinang? Kenapa Nizar tidak tumpukan kerja di Parlimen Bukit Gantang seperti yang sepatutnya?

Apa yang berlaku semuanya dinilai oleh rakyat sebagai pengundi.

Carilah salah sendiri dulu sebelum menyalahkan orang lain dan sistem sedia ada terutamanya pihak SPR. Mengapa masih gagal mengikut arahan SPR di hari mengundi.

Kalau semua ikut arahan, tidak timbul soal kekacauan pada hari mengundi. Bukankah taktik buruk ini telah digunakan dalam banyak PRK sebelum ini.

Paling menyedihkan ialah kita sesama bangsa dan sesama agama masih jauh untuk bersatu.

Di Bukit Gantang dan Bagan Pinang, tidakkah kita sesama Islam bertelagah kerana DAP membaca surah daripada al-Quran. Tidakkah kita sedar kita sedang dilagakan oleh kumpulan kiasu ini. Mengapa terlalu lambat untuk kita sedar, bahkan makin teruk.

Ada hikmahnya di sebalik kekalahan ini. Cara Pas salah dan perlu diperbetulkan. Beritahu DAP jangan sewenang-wenangnya guna ayat al-Quran. Ternyata ayat al-Quran hanya dibaca oleh DAP di atas pentas ceramah sahaja. Apa tujuannya kalau bukan untuk politik?

Dr. Badrul tidak boleh menyeru sebegitu rupa walaupun berbeza ideologi politik. Mengapa buat perkara yang menjadi kemurkaan Allah SWT? Pas perlu memikirkan semula bagaimana mereka dipergunakan oleh DAP.

Ulama dalam Pas perlu berfikir bagaimana bukan Islam mempermainkan ayat al-Quran selama ini dan yang mendengar hanya ketawa dan bertepuk tangan sahaja.

Kita bimbang setiap kali PRK. kita bergaduh sesama agama dan sesama bangsa, sedangkan DAP ketawa. Betapa bodohnya Melayu, sama agama, Tuhan yang sama, nabi yang sama, tetapi bergaduh sampai luka-luka.

Tidakkah ini menggambarkan betapa Islam itu ganas dan buruk. Jangan sampai Tuhan membalas tindakan kita, kerana keegoan terhadap parti kita selama ini.

Dibimbangi semasa PRK akan datang, kita bercakaran lagi, DAP membaca surah lain pula dan hari mengundi, Tuhan menurunkan bala, tsunami melanda dan gempa bumi menggegar Malaysia.

Semuanya terlibat termasuk yang tidak berdosa. Semuanya sudah terlambat.

Banjar Perak". - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...