Skip to main content

Kemenangan Tapi Jangan berpuas hati


Anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal keadaan di luar pusat pengundian Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Sekolah Rendah Teluk Kemang, Port Dickson, semalam. - BERNAMA

SEBAIK-baik sahaja proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang ditutup pada pukul 5 petang semalam, jentera kempen dan penyokong Pas sudah mula meninggalkan bandar peranginan Port Dickson.

Penjaja-penjaja di sekitar markas parti itu di Batu 4 Jalan Pantai sudah mula mengemas barang masing-masing walaupun ketika itu peti undi pertama baru sampai di pusat penjumlahan undi Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Di markas Pas yang selama hampir dua minggu ini sibuk dan riuh dengan pelbagai aktiviti terutama ceramah, malam tadi lengang. Tidak ramai yang menunggu hingga pengumuman keputusan di buat. Begitu juga di dewan MPPD tidak ada penyokong Pas berkumpul di sana. Mungkin mereka sedar kemenangan tidak menyebelahi calon mereka.

Tetapi itulah kenyataannya apabila Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Abdul Wahab Shamsuddin mengumumkan calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menang dengan majoriti 5,355 undi.

Mohd. Isa mendapat 8,013 undi sementara calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar mendapat 2,578 undi. Pengumuman itu sekali gus merupakan berita baik untuk penyokong BN yang selama ini telah berhadapan dengan kekalahan demi kekalahan. Buat pertama kali selepas melalui sembilan pilihan raya kecil sejak Mac 2008, BN mencatatkan kemenangan meyakinkan dengan majoriti yang begitu besar.

Dalam lapan pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum lalu BN hanya menang di Parlimen Batang Ai, Sarawak. Selebihnya kemenangan memihak kepada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk di Parlimen Kuala Terengganu yang merupakan kerusi milik BN.

Kemenangan di Bagan Pinang ini cukup bermakna kepada jentera BN dan UMNO terutamanya dalam usaha mengembalikan semula moral mereka. Selepas mengalami kekalahan demi kekalahan, BN datang ke Bagan Pinang dalam keadaan yang sedikit tertekan.

Majoriti kira-kira 2,333 undi yang dimenangi oleh Allahyarham Azman Mohd. Nor pada pilihan raya umum 2008 bukan sesuatu yang besar. Ia boleh berubah pada bila-bila masa. Lagi pula DUN Bagan Pinang terletak di Parlimen Teluk Kemang yang dikuasai PKR. Dua lagi DUN yang berjiran dengan Bagan Pinang iaitu Lukut dan Chuah juga dikuasai pembangkang.

Sebab itu BN berhadapan dengan cabaran yang cukup besar apabila bertanding untuk mempertahankan DUN ini. Di peringkat awal ramai yang meramalkan teori domino bakal terjadi di Bagan Pinang dengan BN akan mengalami satu lagi kekalahan.

Ada pula yang berpendapat peluang BN ialah 50/50, hanya sedikit sahaja yang memberikan harapan untuk menang. BN juga bermula dengan agak gugup pada pilihan raya kecil ini apabila pemilihan calon menjadi isu yang agak besar.

Sebaik Allahyarham Azman meninggal dunia, pelbagai spekulasi timbul berkenaan siapa calon yang bakal diletakkan oleh BN. Ia berterusan sehingga nama Mohd. Isa diumumkan sebagai calon untuk bertanding di kawasan ini terutama yang tidak yakin akan keupayaan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu menggalas cabaran BN ekoran beberapa kisah silam beliau.

Namun itu semua tidak menjejaskan tumpuan jentera BN untuk menggerakkan kempen bagi memastikan Bagan Pinang kekal milik parti itu. Walaupun Mohd. Isa itu sendiri merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kemenangan, namun usaha keras jentera BN memang tidak boleh dinafikan.

Jentera komponen BN sama ada UMNO, MCA, MIC, Parti Progresif Penduduk (PPP), Barisan Progresif India (IPF) dan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) turut menyumbang kepada kejayaan itu.

Malah Timbalan Perdana Menteri, Tan sri Muhyiddin Yassin berkampung di Bagan Pinang termasuk beberapa kali melawat kawasan-kawasan kritikal seperti ladang Sua Betung dan Ladang Siliau yang majoriti pengundinya adalah kaum India.

Terdapat 1,870 undi kaum India di Bagan Pinang dan daripada jumlah itu 1,387 mengundi BN. Hanya 483 sahaja yang mengundi calon Pas.

Ini menunjukkan mereka kembali menyokong BN. Ini juga menunjukkan mereka mula menerima keterbukaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui gagasan 1Malaysia.

Malah ada pemerhati berpendapat, kehadiran Perdana Menteri bagi melancarkan Parti Makkal Sakthi Malaysia juga dilihat antara faktor pendorong untuk menarik sokongan kaum India selain kerja keras IPF dan MIC.

Jentera IPF dengan pakaian serba oren mereka dilihat bertungkus lumus pada hari pengundian apabila tanpa mengenal penat lelah membawa pengundi ke tempat mengundi.

Malah sebelum dilancar, Makkal Sakti telah menghantar jenteranya untuk sama-sama berkempen seiring dengan jentera komponen BN lain di Bagan Pinang. Ia juga memperlihatkan kesepaduan dalam UMNO Negeri Sembilan apabila ada pemerhati berkata buat pertama kali tiga tokoh besarnya iaitu Mohd. Isa, Mohamad Hassan dan Dr. Rais Yatim duduk satu pentas untuk memastikan kemenangan BN.

Ketiga-tiganya bergerak seiring tanpa mengenal lelah daripada subuh hingga ke dini hari untuk memastikan bukan sahaja BN menang tetapi dengan majoriti yang meyakinkan. Tetapi kemenangan itu bukan bermakna BN boleh duduk selesa. Di sebalik kemenangan besar di Bagan Pinang, banyak kelemahan yang boleh dipelajari termasuk bagaimana berhadapan dengan provokasi pembangkang.

Sikap beberapa individu dalam UMNO terutama ahli Pergerakan Pemuda UMNO melayan dan memberi respons kepada provokasi yang dibangkit sebenarnya boleh membawa padah.

Dalam kempen pilihan raya seperti ini tidak perlu membawa sikap ayam jantan yang turut sama berkokok menjawab provokasi jentera pembangkang yang memang terkenal dengan sikap suka mencaci dan memaki hamun.

Perlu diingat, ini bukan medan untuk menguji kekuatan fizikal. Tetapi medan untuk meraih sokongan rakyat. Biar mengalah sedikit asalkan BN mendapat sokongan mantap daripada rakyat. Kekuatan fizikal tidak ada gunanya jika rakyat benci dan menjauhi parti.

Selain itu jentera BN juga perlu digerakkan hingga ke saat-saat akhir terutama pada hari pembuangan undi. Jangan biarkan lawan mendominasi pusat-pusat mengundi hingga penyokong-penyokong BN menjadi kecut dan risau.

Diharapkan BN tidak terlalu terpesona dengan kemenangan ini. Sepatutnya mereka kena duduk dan terus melihat kelemahan-kelemahan yang terdapat di sebalik kejayaan itu. Dengan itu ia akan terus memantapkan jentera BN bagi menghadapi apa juga pilihan raya pada masa akan datang.

Jangan terus berpuas hati dengan kemenangan yang satu ini. Cabaran dan halangan, onak dan duri masih banyak menanti di hadapan. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T