Skip to main content

Berunding, berbincang penyelesai segala masalah



Jika tidak cari sepakat, kita mungkin menempah padah, binasa

DUA tiga bulan ini kita terlalu sibuk dengan cerita politik. Sama ada politik parti ataupun pilihan raya, setiap hari kita dihidangkan dengan cerita sebegitu.

Dalam masa itu kita ada dua pilihan raya kecil, pilihan raya parti MIC, mesyuarat luar biasa MCA, perhimpunan agung Umno, penubuhan parti Makkal Sakhti, kesah politik Pas di Selangor, dan kini Parti Keadilan Rakyat pula dikatakan bermasalah.

Itu tidak termasuk kepala lembu dan penjualan arak di Selangor, atau peruntuhan Kampung Buah Pala di Pulau Pinang. Di Perak jangan cakaplah, macam sandiwara bersambung-sambung. Mungkin orang politik di negeri itu tidak sedar yang semakin hari semakin ramai orang yang sudah letih dengan drama politik, dan sebaliknya hendakkan ketenangan.

Rasanya berita terbesar mungkinlah reformasi Umno, yang mana parti berumur 63 tahun itu kini mengubah cara ia memilih kepemimpinan, serta pentadbirannya. Perwakilan, mungkin masih teruja dengan kejayaan pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang telah meluluskan pindaan perlembagaan parti dengan mudah.

Hasilnya ialah Umno kini adalah parti yang paling demokratik di negara ini yang mana kepemimpinannya akan dipilih oleh lebih 146,000 ahli, hampir 60 kali ganda lebih ramai daripada yang terbabit pada pemilihan awal tahun ini.

Jelas Presiden berjaya meyakinkan perwakilan supaya mereka berkongsi kuasa mereka yang bukan sedikit dengan ribuan lagi ahli parti demi untuk kesejahteraan parti. Ia ibarat, menurut kata-kata pimpinan parti pada perhimpunan baru lalu, menyerahkan perisai yang sedia ada bila hendak ke gelanggang.

Beberapa minggu lalu juga menyaksikan secara rasmi kembalinya Tan Sri Isa Samad ke medan politik, apabila beliau dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Bagan Pinang, dan seterusnya menewaskan lawannya.

Popular dan banyak berkhidmat di kawasan berkenaan, pemilihan dan kejayaan Isa dijangka akan dijadikan formula dan ikutan untuk semua parti, tidak kira kerajaan atau pembangkang, tatkala memilih calon untuk pilihan raya akan datang. Untuk menang, kenalah pilih calon yang disukai rakyat, bukan yang digemari pemimpin. Bukan pemimpin yang berada jauh yang akan mengundi, tetapi rakyat setempat.

Namun demikian ada juga yang ingin mempersoalkan kemenangannya seakan pahat yang berbunyi selepas rumah siap. Banyaklah ceritanya, semuanya apabila kalah.

Kita perlu belajar terima hakikat kalah menang adalah adat bertanding. Selalunya yang menang akan bersyukur dan yang kalah akan meninggalkan pentas dengan senyap. Yang kalah juga perlu sedar, selepas segala usaha dan doa, takdir menentukan segala-galanya.

Tetapi di Bagan Pinang ada yang tidak boleh menerima keputusan itu walaupun majoriti yang besar sepatutnya boleh menghapuskan segala syak wasangka kepada keputusan. Banyaklah cerita yang timbul, yang selalunya tidak akan keluar jika calon kerajaan kalah.

Ini akan menjadi masalah jika penyokong parti tidak percaya mereka boleh kalah, dan jika kalah, mereka percaya besar kemungkinan mereka ditipu. Apa yang ditanam ialah perasaan teraniaya dan apabila seseorang berasa dia dianiaya, maka dia mudah menjadi marah. Jika diberitahu siang dan malam mereka ditipu dan dianiaya, maka semakin marah dan kurang rasional tindakan seseorang.

Jadi tidak hairanlah jika ada yang datang berkempen, cepat panas baran dan senang hendak bergaduh.

Adalah menjadi kewajipan ahli politik untuk menunjukkan sifat yang baik kerana mereka mempunyai pengaruh yang kuat terhadap rakyat, terutama pengikut mereka. Ada pengikut yang sanggup mati apabila diseru pemimpin, atau bertindak ganas jika digesa ketua.

Adakah semata-mata kerana hendak menang kita sanggup mengeruhkan keadaan dan menghasut orang membenci, menghakis keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap institusi-institusi negara.

Mungkin ini macam bunyi rekod buruk, tetapi di dalam usaha menentukan negara dapat ditadbir, semua institusi mesti dijaga maruahnya. Jika tidak, anarki padahnya yang mana rakyat boleh berbuat apa saja yang dikehendaki termasuk melanggar segala norma dan lumrah hidup bermasyarakat berperlembagaan. Peraturan dan undang-undang bukan lagi jadi ikutan.

Jika kita mempunyai masalah mestilah kita cuba cari jalan penyelesaian dengan berunding dan berbincang, bukannya menghukum sesuatu institusi di khalayak ramai dengan menimbulkan persoalan dan syak, serta menanam rasa benci terhadapnya.

Mungkin orang kini kurang bersukan yang mana kita tidak tahu cara bagaimana hendak menerima kekalahan. Dalam sukan, bila wisel penamat berbunyi, maka kita pun patut bersalaman dan terima keputusan.

Walaupun ada kala berasa pengadil silap, tetapi kita perlu terus memandang ke hadapan. Belajar daripada kekecewaan dan tidak sepatutnya menyalahkan orang lain apabila kalah. Selalunya usaha dan keupayaan akan dibalas, dan mungkin kita kalah sebab orang lain lebih berupaya dan berusaha daripada kita.

Menyalahkan orang lain macam tiada semangat kesukanan, tidak 'gentleman'.

Rasanya itulah asas berpolitik. Sama ada pindaan perlembagaan Umno atau pilihan raya, ataupun kemelut politik MCA, semuanya boleh diatasi jika budi bicara, tata susila, saling menghormati dan tolak ansur diamalkan.

Dalam politik sebulan dua ini, kita dapat lihat lebih banyak matlamat dicapai dengan berlembut dan bukan bertegang urat leher, dan berkeras buku lidah. Jika tidak mencari sepakat, kita mungkin menempah padah dan binasa.- Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T