
Mangsa yang terbunuh termasuklah ulama Sunni, Abdul-Satar Hassan iaitu anggota parti politik terbesar Sunni yang mengetuai solat Jumaat tersebut di masjid di Tal Afar.
Menurut polis, lelaki itu meletupkan dirinya selepas senjata AK-47 yang digunakannya kehabisan peluru.
Seramai 95 orang turut dilaporkan cedera dalam serangan itu, kata doktor di Hospital Tal Afar, Ismail Majeed. – AP - Utusan
Comments
Post a Comment