Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Sunday, October 11, 2009

2 penyokong pembangkang ditahan edar wang palsu

DUA lelaki masing-masing berusia 35 dan 23 tahun yang dipercayai penyokong parti pembangkang ditangkap mengedarkan wang palsu dengan menggunakan sampul surat Barisan Nasional (BN), kata Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh.

Wang palsu yang disimpan dalam 69 sampul surat itu mengandungi nota 'Undilah BN, Undilah Isa' dengan setiap sampul diselitkan tiga keping wang tunai RM100, kata beliau.

"Mereka ditahan ketika menunggang motosikal pada jam 5 petang tadi di kawasan pilihan raya, wang palsu itu disimpan dalam beg sandang," katanya kepada pemberita di bilik taklimat Markas Taktikal Polis di sini hari ini.

Katanya, duit palsu itu mempunyai siri nombor yang sama dan dicetak dengan mesin penyalin tetapi polis masih menyiasat tempat ia dicetak.

Kedua-dua lelaki itu dipercayai cuba memburuk-burukkan imej parti lawan dengan mengedarkan wang palsu, katanya sambil menambah salah seorang yang terbabit adalah penuntut Malaysia di Mesir yang balik bercuti.

Mereka akan didakwa di bawah Seksyen 489 (C) Kanun Keseksaan kerana cuba mengedarkan wang palsu, katanya. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...