Skip to main content

Kes hasutan Raja Petra ditangguh kali ketiga

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen melahirkan rasa kecewa dengan perkembangan kes hasutan penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin yang terpaksa ditangguhkan lagi berikutan pihak pendakwaan masih gagal menyempurnakan waran tangkap ke atas penulis blog itu.

Hakim Rozina Ayob berkata, mahkamah menjangkakan kes itu yang mula dibicarakan pada tahun lalu akan selesai pada akhir tahun ini.

"Mahkamah jangkakan kes ini akan selesai akhir Disember ini dengan pihak pendakwaan akan memanggil sekurang-kurangnya lapan saksi, tetapi sekarang tangguh lagi, ini dah masuk kali ketiga dan masih tidak dapat menyempurnakannya," kata Rozina pada prosiding hari ini.

Penangguhan itu adalah kali ketiga selepas sebutan kes itu pada 22 Mei dan 17 Julai lalu.

Rozina kemudian menetapkan 11 November sebagai tarikh baru.

Terdahulu ketika ditanya Rozina mengenai usaha polis untuk mengesan Raja Petra, Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusuff, memberitahu bahawa pelbagai usaha telah dijalankan termasuk permohonan penangkapan terhadap tertuduh yang terbabit dalam kes jenayah yang akan dinilai oleh Interpol untuk diserahkan kepada 186 negara untuk mengesan tempat penulis blog itu yang berkemungkinan berada.

Pada 6 Mei tahun lalu, Raja Petra, 60, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menerbitkan artikel bertajuk "Let's Send The Altantuya Murderers To Hell" dalam laman web www.malaysia-today.net pada 25 April 2008.

Peguam J Chandra yang mewakili Raja Petra berhujah bahawa pihak pendakwaan telah beberapa kali memohon tarikh sebutan baru dan ini adalah ketiga.

"Perbicaraan sudah berjalan lancar sebelum ini dan tiba-tiba tertuduh hilang tanpa sebarang kesan ketika mahkamah masih dalam perbicaraan kes dan keterangan saksi kelima masih lagi belum selesai.

"Mahkamah mempunyai kuasa dan pilihan sama ada untuk memberi tarikh lain, menangguhkan sementara atau melepaskan tanpa bebas terhadap Raja Petra," katanya.

Bagaimanapun, Ishak membantah atas alasan ia adalah tidak adil yang akan menimbulkan prejudis terhadap kes pendakwaan.

"Beberapa saksi telah dipanggil sebelum ini untuk memberi keterangan...jadi pihak kami memohon satu tarikh untuk satu lagi sebutan akhir," katanya. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...