Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Monday, October 12, 2009

Ketua Penerangan Wanita PKR Ipoh Barat keluar parti

IPOH 12 Okt. — Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ipoh Barat Faridatul Azlina Ahmad Tanjizi hari ini mengumumkan peletakan jawatannya dan keluar daripada parti itu.

Peletakan jawatan itu dikatakan berikutan krisis antara Ketua Wanita PKR Perak Fatmawati Salim dengan Pergerakan Wanita PKR Cabang Ipoh Barat.

"Fatmawati dengan sewenang-wenangnya merampas hak AJK (anggota jawatankuasa) apabila mengeluarkan notis mesyuarat pemilihan AJK baru pada 24 Okt. ini tanpa pengetahuan mereka,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau mendakwa kira-kira 100 anggota Wanita PKR Cabang Ipoh Barat memberi kata dua kepada Fatmawati supaya meletak jawatan dalam tempoh 14 hari dari sekarang.

Katanya, anggota terbabit termasuk barisan kepimpinan peringkat cabang berkenaan yang tersingkir selepas pimpinan negeri mengeluarkan notis mesyuarat pemilihan AJK baru pada 24 Okt. ini. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...