Skip to main content

Kalu ini yang Zaid harapkan, memang sorry jawapannya : Zaid harap PKR tidak didominasi

KOTA KINABALU 17 Okt. - Datuk Zaid Ibrahim yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jun lalu berharap parti itu tidak akan didominasi oleh kumpulan tertentu yang mempunyai agenda mereka sendiri.

Menurut beliau, PKR tidak boleh terikut-ikut dengan agenda kumpulan tersebut.

"Jangan terbawa dominasi kumpulan tertentu, ada yang masuk politik kerana bercita-cita mahu kaya, mahu jadi wakil rakyat atau Perdana Menteri," katanya.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata demikian ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Deepavali di Plaza Tanjung Aru di sini malam ini.

Sementara itu ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini, Zaid menafikan bercuti selama enam bulan daripada parti tersebut sebaliknya hanya berehat daripada terlibat dengan aktiviti Biro Politik PKR.

Beliau berkata, langkah tersebut bagi membolehkannya menumpukan perhatian terhadap usaha dan gerakan untuk mengukuhkan kerjasama antara pakatan pembangkang.

"Saya bercuti daripada biro politik kerana terlalu banyak mesyuarat, jadi saya tidak dapat tumpukan perhatian terhadap usaha mengukuhkan parti," katanya.

Beliau mengulas laporan sebuah laman web yang mengatakan beliau bercuti selama enam bulan daripada PKR berkuat kuasa serta-merta selepas Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghalangnya daripada menghadiri program di Sabah.

Menurut laman web tersebut, hasrat Zaid untuk ke Sabah tidak direstui oleh seorang lagi Naib Presiden PKR iaitu Azmin Ali yang juga merupakan Pengerusi PKR Sabah.

Ekoran itu, Anwar telah menasihati Zaid supaya tidak pergi ke Sabah.

Ditanya tentang tindakannya yang mengingkari arahan Penasihat PKR itu, beliau berkata, ''perkara itu akan dijelaskan kemudian.'' - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T