Skip to main content

Awas taktik kotor pembangkang


CALON Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad menerima borang keahlian UMNO daripada Setiausaha PKR Bahagian Teluk Kemang, Norman Sulaiman (dua dari kanan) sambil disaksikan oleh Shafie Apdal (empat dari kanan) selepas mengumumkan keluar dari PKR di Port Dickson, semalam.

PORT DICKSON 9 Okt. - Penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang didakwa disebarkan oleh pembangkang dengan tujuan melancarkan fisabilillah terhadap UMNO merupakan taktik kotor untuk meraih populariti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ia merupakan taktik pembangkang untuk meraih sokongan berikutan kurangnya penyokong pembangkang dalam siri ceramah termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, taktik berkenaan sama seperti yang pernah digunakan sewaktu mengadakan demonstrasi pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Biasalah matlamat mereka dengan penyebaran SMS ini dengan tujuan tidak baik. Kesudahannya ia mendatangkan kerugian kepada rakyat tetapi lebih menyedihkan kepada peniaga.

"Perbuatan seperti ini tidak harus dihalalkan oleh rakyat. Kita juga berharap agar rakyat tidak terpesona dengan pihak-pihak seperti ini sehingga boleh menimbulkan keadaan yang tidak selamat sepanjang tempoh berkempen," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis Perasmian Bengkel Kemahiran Kemas di Tabika Kemas Taman Eastern di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Shafie mengingatkan jentera UMNO tidak terlalu selesa dengan kelebihan yang kini memihak kepada Barisan Nasional (BN) akan tetapi terus bekerja dalam memastikan kemenangan parti.

"Kita harus pastikan perjuangan ini akan diteruskan hingga penghujungnya. Dengan kemenangan yang akan dikecapi nanti kita akan terus melaksanakan janji-janji kita selain memperkuatkan parti.

"Kita tidak terdesak cuma dalam usaha utuk melaksanakan tugas yang penting kita tidak harus selesa. Yang penting agenda kemenangan dapat diterjemahkan," ujarnya

Mohd. Shafie turut menasihatkan pengundi di Bagan Pinang supaya tidak takut untuk keluar mengundi Ahad ini walaupun ada cubaan pihak tertentu mewujudkan suasana kurang selesa.

"Saya harap rakyat tidak mudah terpedaya dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab ini," kata beliau. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T