Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Saturday, October 31, 2009

Suasana panas Mesyuarat Khas Pas terbongkar

KUALA LUMPUR 30 Okt. - Krisis kepimpinan Pas yang nampak sejuk di permukaan namun bergelora di dalam tidak dapat ditutup lagi apabila 'cerita dalam kelambu' mesyuarat khas parti itu kini tersebar luas dalam blog.

Blog-blog propembangkang dan prokerajaan heboh memperkata dan memperdebatkan apa yang sebenarnya berlaku di dalam mesyuarat itu termasuk ancaman seorang pemimpin kanan Pas untuk meletak jawatan jika Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali tidak dikenakan tindakan.

Hasilnya, mesyuarat tersebut Rabu lalu seperti yang telah diketahui umum memutuskan 'mengheret' Pas Selangor yang diterajui Hassan kepada Jawatankuasa Disiplin.

Antara yang banyak diperbahaskan di dalam blog mengenai majoriti Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat pada malam itu telah bersetuju berkompromi untuk tidak mengadakan EGM dengan syarat Hassan ditukar dan digantikan dengan mereka yang lebih layak.

Namun kompromi yang ditawarkan mereka itu difahamkan ditolak mentah-mentah, sebaliknya pemimpin lain pula yang akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin parti.

Salah seorang AJK Pas Pusat, Mohamed Hanipa Maidin ketika ditanya mengenai perjalanan mesyuarat yang dikatakan panas pada malam tersebut, enggan mengulas mengenainya.

Sebaliknya kata beliau, pertanyaan itu selayaknya ditujukan kepada blogger yang telah menyebarkannya.

"Pergilah tanya blogger kerana mereka yang menulis, saya tidak boleh memberitahu mengenai perjalanan mesyuarat, itu adalah rahsia parti," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...