Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Wednesday, October 7, 2009

Pembangkang hanya pandai mengkritik

PORT DICKSON 6 Okt. – Pihak pembangkang hanya pandai mengkritik semua pembangunan yang dijalankan kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi mereka sendiri tidak pernah menjalankan tanggungjawab dalam memenuhi keperluan rakyat

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata pembangkang hanya pandai bercakap tetapi hakikatnya mereka tidak mempedulikan nasib dan masalah rakyat.

‘‘Pembangkang tidak mempunyai sebarang kelemahan kerana mereka tidak pernah membuat kebaikan terhadap rakyat.

‘‘Contoh terbaik, kita lihat negeri Kelantan. Kini negeri itu sudah jadi negeri termiskin di negara ini. Tiada satu masjid pun yang didirikan mereka sebaliknya Barisan Nasional pula yang perlu bertanggungjawab untuk mendirikan masjid untuk rakyat setempat,” kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui selepas merasmikan Upacara Pecah Tanah Gelanggang Sukan Pelbagai Guna di Taman Intan Perdana, Teluk Kemang di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan menjelaskan, sebab itu parti pembangkang tidak ada kelemahan kerana mereka tidak pernah menyumbang dalam pembangunan negara. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...