Skip to main content

Dakwaan Umno Selangor Pecah Dua Taktik Pembangkang Alih Perhatian Krisis Dalaman - Noh

SHAH ALAM, 21 Feb (Bernama) -- Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini berkata tanggapan kononnya UMNO Selangor berpecah dua adalah tipu helah pembangkang.

Katanya, pembangkang mendakwa terdapat dua kem, satu diterajui beliau dan satu lagi oleh bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Pembangkang sebenarnya mahu mengalihkan pandangan rakyat terhadap krisis dalaman PAS Selangor di mana sebenarnya wujud dua kem - kem Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, dan kem Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Di samping itu, wujud masalah kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di cabangnya di Ijok, dakwa Noh.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani diminta mengulas kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Shuhaimi Shafiei yang mendakwa UMNO Selangor berpecah kepada dua kem.

Bagi pembangkang, kalau mereka tidak dapat menyelesaikan satu masalah, mereka akan cipta satu lagi masalah, kata Noh dalam sidang media selepas mengadakan dialog dengan Persatuan Ibu Tunggal Selangor di sini.

Noh berkata, "Kita di Selangor di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kita bersatu".

Beliau berkata, "Mereka tidak tahu sejarah saya dengan Dr Khir...adalah lama. Saya ialah salah seorang yang membawa Dr Khir ke dalam politik".

Noh berkata beliau juga adalah salah seorang yang menyokong kuat supaya Dr Khir diberi peluang menjadi Menteri Besar.

Noh berkata beliau dan Dr Khir telah berikrar bekerjasama dalam politik kerana mereka berdua adalah sekampung sehingga Dr Khir berjaya menjadi Menteri Besar, dan beliau seorang Menteri.

Menteri itu berkata, kerjasama itu masih kekal di mana Dr Khir masih ADUN Sungai Panjang dan beliau (Noh) dilantik sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Selangor. -- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T