Skip to main content

Najib sendiri jumpa rakyat


NAJIB Tun Razak sambil diiringi Abdul Taib Mahmud (kiri) bersalaman dengan penduduk Rumah Panjang Radin, Lachau Ulu sempena majlis perasmian Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar di Sri Aman, Sarawak, semalam.


"Baguslah kalau pemimpin selalu jumpa rakyat," kata seorang peniaga, Lim Teck Heng, 47, ketika ditemu ramah Bernama di Petaling Street, Kuala Lumpur pada 4 April tahun lalu.

Ketika temu ramah itu diadakan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang melakukan lawatan mengejut di kawasan yang sinonim dengan majoriti penjaja Cina itu.

Tempat-tempat lain yang Najib turut lawati adalah kawasan perumahan Vista Angkasa di Bukit Kerinchi, Bangsar yang dihuni oleh majoriti kaum Melayu dan deretan kedai di Jalan Tun Sambanthan, Brickfield yang digelar 'Little India'. Lawatan itu diadakan tidak sampai 24 jam Najib dilantik sebagai Perdana Menteri (PM).

Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keenam di hadapan Yang di-Pertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pada 3 April 2009. Lawatan itu diadakan untuk beramah mesra dan berjumpa dengan rakyat biasa bagi mengetahui masalah mereka.

Dalam lawatan itu, Najib singgah makan putu mayam dan tosai beralaskan daun pisang di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, selain menghulurkan salam kepada seorang kelindan lori.

Itulah sikap prihatin Najib yang mewakili semua parti komponen Barisan Nasional (BN) yang telah ditunjukkan kepada rakyat sejak hari pertama menjalankan tugas sebagai PM. Pada akhir lawatan itu, seorang rakyat biasa, A. Parameswari, 50, berkata: "Pemimpin mesti selalu turun bawah dan menjaga kepentingan semua rakyat."

Mungkin ayat itu berbekas di dalam jiwa Najib dan memahami kehendak rakyat biasa, Najib mula mengatur langkah turun padang menjelajah dari sebuah negeri ke sebuah negeri untuk bertemu, beramah mesra dan mendengar sendiri keluhan rakyat pelbagai kaum.

Lawatan dilakukan sama ada secara rasmi atau tidak rasmi (tanpa hamparan permaidani merah). Walau apa pun status lawatan itu, ia tidak menghalang Najib untuk bertemu rakyat di negeri-negeri seperti Melaka, Sabah, Kedah, Kelantan dan Sarawak yang telah dikunjunginya setakat hari ini.

Dalam kesemua negeri itu, Najib paling kerap berkunjung ke Sarawak. Mengapa? Najib dilihat mahu membuktikan kepada Sarawak termasuk Sabah bahawa mereka tidak dipinggirkan dan sentiasa dekat di hatinya sekali gus merapatkan hubungan antara penduduk yang selama ini merasakan diri mereka tidak mendapat perhatian pemimpin Kerajaan Pusat.

Namun, apa yang lebih mengejutkan apabila Najib yang sedang dalam percutian bersama keluarga di Langkawi sudi meluangkan masa bertemu rakyat biasa di kampung nelayan Kuala Chenang, Langkawi, Kedah baru- baru ini. Kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya untuk beramah mesra dengan masyarakat nelayan.

Tiada pentas untuk ucapan alu-aluan, sebaliknya Najib selesa menikmati hidangan ubi kayu rebus yang dicicah dengan kelapa parut dan sambal bilis dan duduk di kerusi kayu bersama rakyat. Hasilnya, sebanyak RM7 juta peruntukan diluluskan untuk membina pangkalan baru nelayan di Kuala Chenang yang mana pembinaan itu akan membantu menaikkan taraf hidup masyarakat nelayan di situ.

Di semua kawasan yang disinggahi itu, jika pun tiada peruntukan diluluskan untuk pelbagai tujuan, namun pasti segala masalah dan kekurangan yang dimaklumkan sendiri kepada Najib akan ada tindakan susulan selepas itu.

Lebih daripada itu, pasti setiap penduduk merasakan diri mereka dihargai dan diingati oleh pemimpin negara dan itulah yang dimahukan oleh setiap pemimpin BN melalui program Juara Rakyat.

Mengulas perkara itu, penganalisis politik yang juga Pengarah Institut Tamadun dan Alam Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, apa yang dilakukan oleh Najib itu merupakan simbolik kepada satu perubahan yang sangat besar dalam aspek pemimpin mendekati rakyat.

Menurutnya, Najib tidak mewakilkan pegawai kerajaan atau pemimpin di peringkat negeri atau kawasan atau daerah untuk menemui rakyat dan mendengar masalah mereka, sebaliknya Najib pergi jumpa sendiri rakyat biasa.

"Najib tidak tubuhkan institusi khas untuk mengkaji pemikiran, kekurangan atau kemahuan rakyat.

Najib pergi dan tengok sendiri di seluruh ceruk kawasan bandar dan luar bandar untuk berjumpa sendiri dengan rakyat.

"Ini satu simbolik dalam memenangi hati rakyat yang mungkin sebelum ini merasakan diri mereka tidak diingati oleh pemimpin negara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurutnya, persepsi masyarakat luar bandar dan bandar terhadap kehadiran pemimpin negara di kawasan mereka adalah berbeza.

"Penduduk bandar tidak kisah jika ada pemimpin datang ke kawasan perumahan mereka. Mereka sudah biasa, malah sering juga berselisih di jalan raya atau terserempak di bandar.

"Tetapi lain pula dengan penduduk luar bandar. Dapat bersalam dengan Perdana Menteri sudah 'mengharukan' mereka betapa seorang pemimpin besar sanggup meredah kampung untuk menjenguk mereka yang rata-rata adalah golongan biasa seperti nelayan, peniaga pasar malam, penjaja, peneroka Felda dan penduduk kampung,''tambahnya.

Shamsul Amri juga berkata, jika amalan turun padang bertemu rakyat biasa ini diteruskan melalui apa sahaja program terutama Juara Rakyat, beliau yakin kebanyakan rakyat akan kembali menyokong parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).

Namun katanya, ada syarat yang mesti dipatuhi untuk melihat rakyat kembali menyokong BN iaitu apa yang dilakukan oleh Najib itu mesti dicontohi oleh para pemimpin di peringkat kawasan, daerah dan negeri.

"Memang Najib tidak keluarkan arahan bertulis kepada para pemimpin tersebut tetapi mereka sendiri boleh lihat dan ambil contoh daripada setiap lawatannya," katanya lagi.

Apa yang boleh disimpulkan adalah lawatan Najib ke kawasan-kawasan yang dihuni oleh majoriti masyarakat Melayu, Cina, India, Bidayuh dan lain-lain suku kaum di negara ini membuktikan keprihatinan beliau sebagai pemimpin negara terhadap semua kaum.

Lebih daripada itu, ia adalah bukti bahawa apa yang diuar-uarkan melalui Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan tidak sekadar cakap-cakap kosong sahaja, sebaliknya ia dibuktikan melalui setiap lawatan turun padang dan program Juara Rakyat yang telah dan akan diadakan dari semasa ke semasa. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...