Skip to main content

“Jumpa di mahkamah”


SHAH ALAM – Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim akan mengheret Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, ke mahkamah keranamendakwa membuat fitnah terhadapnya dengan mendakwa beliau keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua hari lalu disebabkan gagal mendapat kelulusan tender bernilai RM40 juta.

Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang itu berkata, peguam untuk mengendalikan kes ini telah dilantik dan dalam proses mendakwa Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP.

“Kenyataan beliau berunsur fitnah semata-mata untuk memperkecil dan mencemar imej saya dan keluarga. Beliau membuat kenyataan tanpa merujuk kepada saya terlebih dulu.

“Saya hanya Pengerusi (Island Golf Propeties), manakala setiap cadangan dan keputusan berhubung projek itu adalah urusan pihak pengurusan dan perunding syarikat itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Zahrain berkata, beliau dilantik ketika dalam PKR dan Guan Eng boleh berjumpa dengan ahli lembaga syarikat untuk mengetahui sama ada beliau terlibat atau tidak dalam projek berkenaan.

“Saya juga akan menghantar surat meletak jawatan sebagai Pengerusi syarikat itu selepas Tahun Baru Cina,” katanya.

Zahrain berkata, tuduhan Guan Eng terhadapnya itu juga mencemar integriti dan maruah ahli lembaga syarikat.

Kelmarin, Guan Eng menyifatkan tindakan Zahrain keluar daripada PKR sebagai menjaga kepentingan peribadi setelah gagal mendapatkan kelulusan tender bernilai RM40 juta untuk mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort.

Guan Eng berkata, projek tersebut tidak diluluskan kerana syarikat itu ditubuhkan baru dua bulan sebelum tender projek itu dikeluarkan akhir September 2008.

Sementara itu, Guan Eng menerusi Setiausaha Akhbarnya, Cheong Yin Fan berkata, beliau hanya akan memberi reaksi berhubung tindakan terbaru Zahrain selepas ianya disiarkan diakhbar.

“Ketua Menteri hanya akan beri komen selepas berita (saman Guan Eng disiarkan,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Harian. - Sinar Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T