Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Sunday, February 14, 2010

Hanya fikirkan kes Anwar : PKR hanya perjuangkan kepentingan individu tertentu

KOTA BHARU: Pakatan pembangkang bukan memperjuangkan nasib serta kepentingan rakyat, malah hanya membela kepentingan individu tertentu dalam parti pembangkang khususnya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, berkata ini dibuktikan dengan tindakan keluar parti Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dari PKR, kelmarin.

Katanya, pakatan pembangkang terbukti dibentuk semata-mata bagi memenuhi kehendak serta kepentingan pihak tertentu bukannya hendak berkhidmat kepada rakyat sebagaimana yang dilaungkan sebelum ini.

“Semua orang sayang kepada parti mereka, namun saya percaya Zahrain tidak tahan lagi duduk dalam parti itu disebabkan hilang kepercayaan kepada kepimpinan PKR serta kerenah parti pembangkang.

“Kini terbukti pembentukan pakatan pembangkang hanya untuk kepentingan pihak tertentu, bukannya hendak berkhidmat bagi menjaga kepentingan rakyat.

“Sebagaimana yang diduga, pakatan pembangkang kini terbukti rapuh dan saya dengar akan berlaku lagi ahli yang akan keluar pakatan itu, kita tunggu dan lihat nanti,” katanya ketika ditemui pada majlis sumbangan limau sempena Tahun Baru Cina, di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Garong, di sini, malam kelmarin. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...