Skip to main content

Zulkifli Noordin dibantah jadi peguam

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Kedudukan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sebagai salah seorang peguam syarie yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam permohonan qazafnya dibantah oleh pihak responden.

Shamsudin Hussain, Datuk Che Mat Che Ali dan Datuk Jamil Khir Baharom yang merupakan responden bagi kes tersebut turut memohon supaya keseluruhan prosiding permohonan Anwar itu dibatalkan.

Bantahan awal tersebut difailkan oleh pihak responden menerusi firma guaman, Tetuan Zainul Rijal Talha & Amir di hadapan Penolong Pendaftar, Mohd. Faizol Che Seman di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.

Anwar dalam permohonannya menamakan Shamsudin iaitu Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan; Che Mat selaku Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jamil Khir yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagai responden pertama hingga ketiga.

Zainul Rijal Abu Bakar bersama peguam-peguam syarie, Roslizam Rahim dan Mohd. Firdaus Mohamed Arifin mewakili ketiga-tiga responden tersebut.

Zainul Rijal memberitahu, mahkamah menetapkan 17 Februari ini untuk sebutan permohonan tersebut.
Dalam permohonan itu, pihak responden mendakwa Zulkifli berkemungkinan dipanggil sebagai saksi selain terdapat percanggahan kepentingan oleh peguam tersebut.

Di samping itu, pihak responden mendakwa terdapat ketidakpatuhan dan salah aturan di dalam memulakan prosiding permohonan qazaf oleh Anwar.

Pada 9 Julai 2008, Anwar membuat satu laporan qazaf terhadap Mohd. Saiful Bukhari di Unit Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan Jawi mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Pada 7 Januari lalu, Anwar memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah untuk mengarahkan Shamsuddin mendakwa bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan atas tuduhan qazaf.

Menurut seksyen tersebut, sesiapa yang menuduh orang lain melakukan kesalahan seksual tanpa mengemukakan empat saksi lelaki atau ikrar (pengakuan) orang yang dituduh, boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...