Skip to main content

Hadi mula menepis Nik Aziz

AGAK mengejutkan apabila Isnin lalu, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang muncul dengan kenyataan terbaru – sedia berbincang, malah berkerjasama dengan UMNO bukan sahaja soal agama, tetapi juga soal politik.

‘‘Alamak, guano (kenapa) Tuan Guru Abdul Hadi pergi lebih had itu,” ujar seorang rakan dalam Pas namun dia akhirnya membuat kesimpulan yang meyakinkan.

Pemimpin nombor satu Pas itu tidak perlu menunggu mendengar kata putus sesiapa lagi untuk sekadar berkata-kata, setelah menilai pengaruhnya dalam muktamar lalu.

Aktivis Pas itu begitu yakin, biarpun mungkin isu ini akan mendidih seketika seperti bubur asyura yang mudah beku, ia tidak akan menjadi kenyataan sebelum pilihan raya umum.

Tidak kedengaran penafian oleh Abdul Hadi bahawa kenyataannya dalam laporan media 8 Februari lalu telah diputar-belitkan yang akhirnya mungkin mengulangi kepimpinannya dipersoalkan secara terbuka dan menjadi sasaran cemuhan di kalangan ahli Pas.

Belum juga kedengaran tentangan Mursidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan kenyataan lunak Hadi yang seolah- olah cuba bergerak lebih jauh dalam memadam api sengketa dengan UMNO.

Kenyataan Abdul Hadi itu tidakkah memberi gambaran bahawa beliau sekali lagi cuba membuka ruang dalam Pas untuk membawa masuk ‘sampah’ dalam percaturan politik yang boleh menjejaskan peluang parti untuk memerintah.

Abdul Hadi tentunya masih ingat bahawa idea ke arah perpaduan dua parti Melayu dan Islam itu adalah gagasannya sendiri yang ditentang hebat oleh Nik Abdul Aziz sendiri tahun lalu.

Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang seolah-olah bersedia untuk membantu mengatur langkah untuk menjayakannya, telah diserang sehingga sukar baginya untuk mengangkat muka apabila maruah peribadi seolah-olah diirik-irik.

“Kalau benar Nasharuddin nak setuju lebih baik dia masuk UMNO, letak jawatan (sebagai Ahli Parlimen Bachok). Apa buat sampah, menyusahkan,” kata Nik Abdul Aziz ketika kemarahannya mengenai cadangan kerajaan perpaduan memuncak.

Tidakkah kecaman itu harus ditampal di muka Abdul Hadi sendiri, namun Nik Abdul Aziz mungkin sekadar pukul anak untuk menyindir Presiden, bahawa tindakan seumpama itu hanya memperbodohkan Pas sahaja.

Seperti selalu Nik Abdul Aziz merujuk kepada peristiwa tersingkirnya Pas daripada Barisan Nasional pada tahun 1978 dan bimbang Pas hanya akan terus diperkudakan.

Kemelut yang memuncak pada tahun lalu ekoran gagasan Hadi memaksa Presiden Pas itu turun ke Kota Bharu untuk datang mengadap, menyejukkan amarah Nik Abdul Aziz dan menjelaskan kedudukan sebenar sebelum muncul dengan kenyataan isu perpaduan sudah ditutup.

Kenyataan terbaru Hadi kini merujuk kepada pandangan Nik Abdul Aziz sendiri yang terbit ketika diundang merasmikan penutup Seminar Pemikiran Islam Semasa – Pemakaian Kalimah Allah anjuran Tabung Amanah Tok Kenali di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK).

Katanya, jika majlis perbincangan antara pemimpin berlainan agama boleh dilangsungkan dengan baik, maka tidak ada masalah untuk Pas dan UMNO yang sama-sama Islam duduk berbincang mengenai pendirian dalam soal agama.

Nik Abdul Aziz berharap ia menamatkan perseteruan lebih 50 tahun antara kedua-dua parti yang menjadi dokongan orang Melayu itu.

Beliau menyatakan rasa amat gembira jika soal perbincangan yang menjadi isu bermusim ini dapat menjadi kenyataan kerana banyak masa, wang dan tumpuan dihabiskan kerana ‘pertengkaran’ yang tidak membawa apa-apa faedah.

Mungkin beliau baru tersedar dalam mengejar kepentingan politik kepartian untuk merebut dan mempertahankan kuasa pemerintahan, ia tidak juga membawa faedah bukan sahaja kepada UMNO malah Pas, agama, rakyat dan negara.

Kenyataan Nik Abdul Aziz mendapat reaksi meluas malah banyak ulasan kalangan pemimpin agak menyimpang kerana beliau sebenarnya hanya mahu berbincang soal agama.

Tentunya untuk menentukan siapa yang lebih Islam dan siapa yang menyimpang dan pada masa yang sama cuba meluaskan perbezaan, kerana sebarang persamaan hanya akan menghilangkan undi Pas.

Sudah acap kali ajakan atau mungkin cabaran itu dilontarkan oleh Nik Abdul Aziz untuk membezakan antara perjuangan dua parti itu agar orang Melayu atau Islam memilih Pas.

Bagi Nik Abdul Aziz sebarang usaha ke arah perpaduan Melayu dan umat Islam melalui langkah bersama UMNO, tidak akan membawa sebarang keuntungan kepada parti yang dilihat semakin hampir menggapai kuasa.

Hanya dengan menjauhkan sendiri daripada UMNO dapat menguatkan Pas dan pakatan pembangkang kerana mahu undi bukan Melayu melalui parti-parti sahabat.

Namun Abdul Hadi pula seolah-olah mahu mendekatkan lagi apabila bidang perbincangan baginya boleh diperluaskan bukan sahaja setakat agama kerana agama itu sendiri tidak terpisah daripada politik.

Susulan itu Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar muncul memperkatakan perkembangan terbaru bahawa Jawatankuasa Pas Pusat akan membincangkan persoalan terbaru itu tidak lama lagi.

Tentunya untung rugi dari segi cita-cita politik akan diambil kira selain untung rugi nasib bangsa, agama dan negara. Tidak ramai sebenarnya yang memberi harapan ia akan menjadi nyata dan telahan mereka mungkin betul kelak. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T