PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan sudah selesai menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Menteri Besar, Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat.
Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat SPRM, Datuk Ahmad Khusairi Yahaya, berkata kertas siasatan itu kini berada di Bahagian Pendakwaan untuk tindakan lanjut.
"SPRM Kelantan sudah selesai menjalankan siasatan dan kertas siasatan kini berada di Bahagian Pendakwaan," katanya ketika ditemui di sini sebentar tadi.
Sehubungan itu, Ahmad Khusairi menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa SPRM tidak melakukan siasatan terhadap dakwaan rasuah membabitkan Menteri Besar Kelantan itu. - Berita Harian

Comments
Post a Comment