Skip to main content

PAS Dilihat Buntu Perjuang Isu Royalti Minyak

Oleh Mohd Razman Abdullah

KOTA BAHARU, 11 Feb (Bernama) -- Kerajaan PAS Kelantan dilihat semakin buntu dalam memperjuangkan isu mendapatkan royalti minyak untuk negeri itu daripada kerajaan pusat.

Malah, beberapa pemerhati menyifatkan kerajaan negeri sebagai cuba berlaku tidak adil kepada penduduk Kelantan kerana enggan akur dengan langkah kerajaan pusat memberikan wang ihsan untuk dinikmati oleh penduduk negeri itu.

Antara faktor yang dianggap menjadikan tuntutan oleh kerajaan negeri itu semakin lemah ialah penjelasan menyakinkan oleh kerajaan pusat bahawa daripada segi perundangan dan geografinya, Kelantan tidak layak mendapat royalti minyak.

Kerajaan negeri juga dilihat cuba melengah-lengahkan pemberian wang ihsan ini dengan membangkitkan isu-isu lain.

Pensyarah Sosiologi dan Bahasa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Nik Ahmad Kamal Nik Ahmad berkata beliau hairan kenapa secara tiba-tiba Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat cadangan supaya diadakan perbincangan dengan Umno mengenai isu Islam.

"Soalnya kenapa tiba-tiba menukar isu. Adakah kerana tiada jalan lagi untuk dipolitikkan isu royalti itu setelah kerajaan pusat mengumumkan pemberian wang ihsan RM20 juta sebagai menggantikan royalti minyak pada Mac ini. Ia bukti pusat bersifat adil kepada rakyat," katanya kepada Bernama.

Nik Ahmad Kamal berkata kemungkinan juga PAS belum mempunyai langkah seterusnya berhubung isu royalti itu walaupun sudah sekian lama anggota exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa mengumumkan akan mengambil tindakan mahkamah dengan melantik panel peguam.

"Namun sehingga kini tiada apa pun tindakan dilakukan," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjelaskan bahawa Kelantan tidak layak mendapat royalti minyak itu kerana operasi carigali di dua telaga yang dikatakan "milik Kelantan", berada lebih tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri itu.

Dua telaga minyak berkenaan terletak 150 batu nautika dari perairan Kelantan, sedangkan Seksyen 4(2) Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969 menyebut negeri di dalam Malaysia mempunyai perairan wilayah hanya setakat tiga batu nautika (5.5 kilometer) diukur dari paras air surut.

Nik Ahmad Kamal berkata PAS mungkin hanya melihat kepada Akta Petroleum serta perjanjian yang dibuat antara kerajaan negeri dan Petronas pada 1975 dan tidak melihat undang-undang lain secara keseluruhan.

"Tekanan ditambah lagi dengan kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah yang menyokong Kelantan layak mendapat royalti dan bukannya wang ihsan padahal beliau dilaporkan pernah menyokong pemberian wang ihsan kepada Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu pada 1999-2004. Kenyataan Tengku Razaleigh itu mematahkan isu royalti PAS sekali lagi," katanya.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata kerajaan Kelantan perlu melihat beberapa akta mengenai sempadan perairan sesebuah negeri sebelum menuduh kerajaan pusat tidak berlaku adil dalam isu tuntutan royalti minyak ini.

Beliau berkata Akta Ordinan Darurat 1969 dan Akta Tanah Negara jelas menyebut hak perairan sesebuah negeri tidak melebihi tiga batu nautika dari pantai.

"Ini bermakna Kelantan tidak berhak mendapat wang royalti minyak kerana dua telaga minyak, satu daripadanya terletak di kawasan tuntutan bertindih dengan Thailand, melebihi ratusan batu dari pantai negeri itu," kata Awang Adek.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed pula melahirkan rasa kecewa kerana kerajaan Kelantan menolak untuk bersama kerajaan pusat membincangkan rancangan pembangunan hasil daripada peruntukan wang ihsan RM20 juta itu.

"Kita mahu bincang dan melihat apakah keperluan kerajaan negeri tetapi mereka menolak menyertai Jawatankuasa Pengurusan Wang Ihsan. Namun peluang itu masih lagi terbuka buat kerajaan negeri," katanya.

Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, pula berpendapat PAS enggan menerima pelawaan untuk menyertai jawatankuasa itu kerana dengan berbuat demikian mereka lagi tidak dapat mempolitikkan isu tuntutan royalti minyak itu.

"Kalau mereka sertai seolah-olah mereka bersetuju terima wang ihsan," katanya.

Ibrahim berkata kenyataan Tengku Razaleigh mengenai isu royalti minyak hanyalah menyentuh aspek moral tapi isu sebenar dalam soal tuntutan royalti itu adalah perundangan.

"Sebab itu ia mesti selesai di mahkamah," katanya. -- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T