Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Saturday, February 27, 2010

Umat Islam digesa atasi penyakit dalaman

PUTRAJAYA 26 Feb. - Umat Islam negara ini diajak supaya bekerja keras mengatasi perbezaan pendapat yang masih membelenggu diri sehinggakan tiada kesepakatan dalam isu yang sepatutnya mereka bersatu.

Meminta agar direnungi saranannya itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ia merupakan suatu penyakit dalaman yang masih wujud di sana sini.


Tegas beliau, fenomena berkenaan amat merugikan umat Islam kerana mereka akan menjadi lemah dan mudah dipermainkan oleh pihak lain.

"Sehingga kini umat Islam masih belum dapat menyatukan fikrah, hadaf dan amal demi untuk mengekalkan kemurnian Islam. Kita kini lebih suka berpecah dan dipecahkan kepada kelompok dan ideologi masing-masing.

"Sesungguhnya penglibatan umat Islam dalam amalan berpolitik secara kepartian memerlukan kebijaksanaan, kematangan serta pendewasaan agar kita tahu batas sempadan sesuatu perbezaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1431H/2010 di Dewan Solat Utama, Masjid Putra di sini pagi ini. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...